fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Acara Buka Puasa Eksklusif Datuk Sri Dr. Farah Khan di Mama San Kuala Lumpur
Dior Menjemput Neelofa & Bintang-Bintang Lain Ke Paris
Anggun Dengan Sifat Keibuan, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Kate Middleton Berang Kerana Perihal pakaian
“Cinta menjadikan saya insan yang lebih baik,”- Elyna Effendi
Home > Personaliti > Deanna Ibrahim Kongsi Tip Libur

Deanna Ibrahim Kongsi Tip Libur

DeannaIbrahimGambar: Arkib GLAM

 
Peragawati Deanna Ibrahim berkongsi dengan GLAM segalanya berkaitan libur, dari destinasi terbaik hingga ke item wajib bawa dan pilihan filter Instagramnya!
 
Tempat liburan terbaik di Asia Tenggara?
Selain pulau-pulau di Malaysia, saya gemar bercuti di pulau-pulau di Thailand yang masih tidak dikomersialkan lagi.
 
Lima item wajib dibawa sewaktu bercuti?
Cermin mata, bikini, slip dress, losen dan sebuah buku untuk dibawa sewaktu renggang.
 
Muzik pilihan ketika berlibur?
Island In The Sun oleh Weezer.
 
Di mana beli ceraian untuk bercuti?
British India kerana punya elemen untuk bercuti.
 
Pilihan jenama bagasi?
Untuk bagasi beroda tentu sekali daripada Kipling. Saya akan bawa sekali beg Le’Pliage daripada Longchamp agar boleh digunakan jika terlebih membeli-belah!
 
Lokasi percutian terbaik di Malaysia?
Ke Utara bercuti di Ipoh atau turun ke selatan menuju Melaka.
 
Aplikasi menarik di dalam telefon bimbit anda?
Sekarang sedang obses dengan Phhhoto dan aplikasi kegemaran ketika bercuti adalah Soundcloud.
 
Apa filter Instagram anda?
Ludwig!