fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Anggun Dengan Sifat Keibuan, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Sisi Berbeza Lisa Surihani
Forbes 30 Under 30 Asia, Nor ‘Phoenix’ Diana Tercalon
YSL Beauty Hotel: The Beauty Hot Spot
Temu bual Eksklusif Bersama Riccardo Tisci

Expensive Divorce: Rumah Tangga Punah Diganti Wang

Ikutan pengumuman perceraian pengasas dan CEO Amazon Jeff Bezos bersama isterinya MacKenzie Bezos minggu lalu, netizen mula membuat spekulasi tentang peruntukan yang bakal diterima oleh MacKenzie selepas ini.

 

Dengan nilai bersih sebanyak $137 bilion, perceraian Jeff dan MacKenzie Bezos bakal memecah rekod kes perceraian berprofil tinggi paling mahal dalam sejarah. Pihak umum pernah didedahkan dengan kos perceraian selebriti seperti Madonna, Paul McCartney, dan Tiger Woods yang memakan puluhan juta USD.

 

Senarai ini, walau bagaimanapun, menghimpunkan golongan elit yang bertarung hingga mencecah nilai ratusan juta untuk menyelesaikan kes perceraian mereka.

10 of 10Next

1. Alec Wildenstein dan Jocelyn Wildenstein, 1999 — $3.8 bilion

Selain dikenali sebagai “Catwoman” yang terkenal dengan pembedahan plastik, Jocelyn Wildenstein juga terkenal dengan kes perceraiannya bersama usahawan Perancis-Amerika Syarikat dan pengurus seni Alec Wildenstein pada tahun 1999. Selepas 21 tahun bersama, kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai. Hasil perceraian itu membuatkan Jocelyn menerim $2.5 bilion pada awalnya dan $100 juta untuk 13 tahun berikutnya.

10 of 10Next

1. Alec Wildenstein dan Jocelyn Wildenstein, 1999 — $3.8 bilion