Related Stories
Harry & Megan – No More ‘His/Her Royal Highness’
Isu penarikan diri Putera Harry dan Meghan Markle dari institusi kerabat Diraja England nyata mengejutkan dan masih diperkatakan sehingga kini. Berikutan daripada isu itu, Istana Buckingham baru-baru ini telah membuat satu pengumuman mengenai penarikan semula gelaran Diraja yang diberikan kepada Harry dan isteri.
Putera Harry, 35, dan Meghan Markle, 38, khabarnya kini tidak lagi memegang gelaran Diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia) selepas kedua-duanya membuat keputusan menarik diri daripada tugas-tugas Diraja, mahu hidup berdikari serta inginkan kehidupan yang lebih bebas. Meghan pula khabarnya sudah kembali ke negara asal kelahirannya iaitu Kanada. Namun kedua mereka masih kekal memegang gelaran the duke and duchess of Sussex.

Menurut kenyataan Istana Buckingham menerusi kenyataan Ratu Elizabeth II, mereka juga dikehendaki membayar semula Geran Kedaulatan (Sovereign Grant), iaitu wang yang diperoleh Ratu Elizabeth menerusi pembayaran cukai rakyat setiap tahun yang digunakan untuk mengubah suai kediaman rasmi mereka di Frogmore Cottage, berhampiran Istana Windsor bernilai anggaran 2.4 juta euro (kira-kira RM10.8 juta).
Namun, Ratu Elizabeth menjelaskan mereka tetap akan disayangi oleh seluruh kerabat Diraja. “Harry, Meghan dan anak mereka Archie akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan saya akan sentiasa menyayangi mereka,” jelas Ratu Britain, Elizabeth II dalam satu kenyataan.

Cover image photo credit: Daniel Leal-Olivas/Agence France-Presse — Getty Images
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
