fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Datin X: Anak Muda Kini Semakin Bersikap Terbuka
Coco Rocha Sangka Donna Karan Dua Individu Berlainan
Parti Perlancaran Mama San
Kenali Diandra, Cucu Kepada Allahyarham Datuk Jamil Sulong
COACH EAU DE PARFUM: Terjemahan Atitud Kool & Energi Kota New York
Home > Personaliti > JLo & A-Rod Tangguh Perkahwinan Kerana COVID-19

JLo & A-Rod Tangguh Perkahwinan Kerana COVID-19

Belum tiba masanya untuk Jlo mendirikan rumah tangga ‘seterusnya’ dengan pasangannya, Alex Rodriguez atau A-Rod apabila baru-baru ini, penyanyi dan pelakon popular itu mengumumkan akan menangguhkan dahulu perancangan mereka untuk berkahwin dek pandemik COVID-19 yang masih menular.

Menurut laporan Elle, Jennifer berkata dia terpaksa menunggu waktu dan tarikh yang benar-benar sesuai sebelum meneruskan majlis tersebut. Jelas Jennifer, “Sudah pasti ia memberi kesan kerana banyak rancangan perkahwinan sudah dirancang rapi, namun memandangkan apa yang berlaku sekarang, sejujurnya saya tidak tahu apa yang akan berlaku.”

Foto: Gilbert Carrasquillo/GC Images

Jlo dan A-Rod, yang juga pemain bola lisut profesional itu mengumumkan pertunangan mereka sekitar Mac lepas di akaun Instagram masing-masing, selepas Alex memberikan Jlo sebuah cincin dengan nilai anggaran AS$1 juta (RM4 juta).

https://www.instagram.com/p/Buzz2J8ADNB/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/Bu6iUM8g1gc/?utm_source=ig_embed

Kedua-dua mula bercinta sejak dua tahun lalu, dan A-rod juga dilihat sentiasa di sisi J-lo bila waktu dia membuat persembahan di atas pentas. Ini merupakan perkahwinan keempat buat Jennifer selepas bercerai dengan bintang latin, Marc Anthony pada 2014 manakala yang kedua buat Alex selepas berpisah dengan bekas isteri 10 tahun lalu.

Apa-apa pun, GLAM mengharapkan yang terbaik buat kedua-duanya, semoga pandemik COVID-19 ini akan berakhir tidak lama lagi!