Kenali Miss Universe Malaysia 2025, Kisah Inspirasi Chloe Lim
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioKenali Chloe Lim, Miss Universe Malaysia 2025 yang bukan sekadar wajah cantik tetapi kecerdasan dan misinya memperjuangkan akses pendidikan untuk semua.
Chloe Lim Sue Lyn telah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2025 pada malam kemuncak yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 September 2025. Wanita berusia 27 tahun ini berjaya menewaskan 15 peserta lain dan seterusnya mewakili Malaysia di pentas antarabangsa Miss Universe 2025 yang diadakan di Thailand pada November 2025.
Bawa misi besar di pentas dunia
Chloe bukan sekadar wajah jelita. Menurut laporan, dia bekerja sebagai perunding pengurusan (management consultant) di Kuala Lumpur. Latar belakang pendidikan Chloe sangat mengagumkan dimana dia mempunyai dua ijazah sarjana dan pernah belajar di beberapa negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Portugal dan Estonia. Melalui pengalamannya di luar negara, Chloe semakin sedar tentang jurang peluang pendidikan dan kini komited untuk memperjuangkan pendidikan yang sama rata bagi golongan muda serta wanita.
Salah satu misi utama Chloe adalah memperkasakan anak-anak muda dan golongan kurang bernasib baik melalui pendidikan. Dia aktif dengan aktiviti kebajikan, termasuk pernah mengajar anak-anak yatim di Vietnam serta mewujudkan ruang selamat untuk gadis muda di Portugal. Manakala di dalam negaranya sendiri, Chloe turut menyokong Lighthouse Children’s Welfare Home di Bangsar yang memfokuskan usaha bimbingan akademik serta motivasi kepada pelajar muda.
Dalam persiapan menghadapi Miss Universe, Chloe menjalani latihan secara menyeluruh dari catwalk, latihan fizikal, pemakanan, hingga bengkel media dan tatarias pentas. Dia menegaskan bahawa dia mahu melangkah ke pentas antarabangsa bukan hanya sebagai wanita cantik, tetapi sebagai seorang yang membawa nilai kecerdasan, kasih sayang dan keikhlasan.
Salah satu momen paling simbolik dalam persiapannya ialah ketika dia mempersembahkan pakaian kebangsaan yang diberi nama “The Majestic of Anjung Serimpak”, yang diilhamkan daripada warisan Bajau-Sama Sabah. Busana ini direka oleh Mell Sulaiman, menampilkan headdress berlogam berbentuk perahu layar (Serimpak), kain berwarna hijau laut, dan aksesori tradisional Bajau seperti tali pinggang Siupu dan Duang Sama. Melalui kostum ini, Chloe ingin meraikan kepelbagaian budaya Malaysia dan menonjolkan identiti bangsanya di peringkat dunia.
View this post on Instagram
A post shared by Zetrix Miss Universe Malaysia 🇲🇾 (@missuniversemalaysia)
Selain bakat dan misi sosialnya, Chloe juga mempunyai hobi dan minat yang kreatif. Dia gemar bermain piano, menunggang kuda, bermain tenis, serta melancong dan ini mencerminkan keperibadiannya yang berjiwa besar dan sangat dinamik.
Sebagai wakil Malaysia ke Miss Universe 2025, Chloe menyatakan komitmennya untuk memberi persembahan terbaik, dan dia sangat bersemangat untuk mewakili negaranya dengan penuh bermaruah. Pertandingan Miss Universe 2025 dijadualkan berakhir dengan malam kemuncak pada 21 November 2025 di Impact Challenger Hall, Pak Kret, Nonthaburi, Thailand.
Artikel Berkaitan: Sandra Lim, Ratu Cantik Malaysia Di Miss Universe 2024
Artikel Berkaitan
City Escape Sempena Hari Ibu di The Chow Kit
Evolusi Ikonik New Balance
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
