Kenali Sophie Kamaruddin, Pengulas Berita Bloomberg TV Malaysia

Dia muka baru yang menghiasi dunia penyiaran. Merupakan pengulas berita Bloomberg TV Malaysia, segalanya bermula semasa dia menyertai latihan praktikal di Syarikat CNBC Asia. “I was very blessed that I always surrounded by motivating personalities during my internship with CNBC Asia. Berjumpa dengan para pemimpin dunia korporat, agensi kerajaan dari negara luar, pertembungan dengan personaliti baru yang mahu meningkat naik memberi saya inspirasi untuk terus memandang ke hadapan. Sesungguhnya saya berasa sangat bersyukur dan rendah diri dengan tawaran yang ditawarkan oleh Bloomberg TV Malaysia. Sewaktu saya membesar, cita-cita ingin menjadi diplomat kerana dek terpengaruh dengan darah yang mengalir dalam diri. Datuk di sebelah ibu adalah pejuang anak bangsa. Dia menabur bakti dalam bidang ketenteraan. Di sebelah ayah pula keluarganya sangat berjiwa patriotik yang tulen. Saya sudah diajar sedari kecil lagi dengan nilai-nilai patriotisme dan ia adalah asas kepada kekuatan dan keyakinan diri.”
“Sejurus tamat pengajian di Universiti Georgetown dalam fakulti Foreign Service atau Khidmat Luar Negara yang hanya dua kilometer jauhnya dari White House, saya pulang ke tanah air. I began in public policy consulting before joining a think tank dedicated to ASEAN integration. Lalu berkecimpung ke dalam bidang penyiaran di CNBC Asia di Singapura sebagai intern. Tiap hari saya belajar, semuanya hendak diambil tahu. Rasanya itulah bidang media, bukan? Bila mendapat panggilan untuk menyertai Bloomberg TV Malaysia, saya langsung tidak beragak kerana jauh di sudut hati saya tahu saya adalah sebahagian darinya.”
Berdarah campuran Melayu dan Ireland, Sophie terus meluaskan spektrum dalam bidang kewartawanan. “Mungkin orang punya pandangan skeptikal terhadap pengulas berita. Tetapi di Bloomberg lain. Keputusan untuk memotong rambut lebih pendek adalah langkah saya untuk mempertontonkan gaya yang lebih edgy dan moden. Pilihan pakaian juga diambil tahu kerana tidak mahu nampak sama dengan pandangan yang dilemparkan. Sebagai seorang pengulas berita saya juga punya stail yang tersendiri walaupun ringkas. Saya meminati helaian pakaian yang bold, bertekstur dan semestinya punya struktur yang cantik. Rekaan Alexander Wang dan label Calvin Klein adalah antara kegemaran saya. Jika aksesori pula saya sukakan jenama asli Itali, Salvatore Ferragamo malah baru membeli sepasang kasut tinggi, sepulangnya dari kembara cuti yang lepas.”
“Saya tidak kisah untuk melabur lebih dalam membeli item yang saya inginkan. Sebagai contoh jam tangan mewah. Buat masa sekarang ini saya masih menunggu dan tidak kisah untuk melabur lebih. Tetapi dalam pada masa yang sama saya tidak terburu-buru untuk membuat keputusan saya. Quality is timeless! Jadi sebagai pembeli kita harus bijak membuat keputusan. Bila usia dan gaya ditanyakan, Sophie menjawab, “It’s not about the numbers. Ia berkait dengan cara anda membawa diri. Wanita yang lebih berusia di luar sana, rata-ratanya tampak lebih hebat aura dan pesonanya. Lain pula dengan wanita muda. Mereka nampak terlalu gigih berusaha untuk tampak effortless. Ada yang perlu kita jadikan inspirasi gaya, bukan semua trend harus diikuti. It’s all about attitude, character versus numbers.”
Penata Gaya AIZAT AIDID Penyelaras Zuhairie Sahrom Arahan Seni ASHURA HAKIM Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mac 2015
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
