Related Stories
Neelofa Dijangkiti Influenza A, Mohon Doa Rakyat Malaysia
Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Nor khabarnya kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota akibat jangkitan Influenza A. Menerusi hantaran di Facebooknya, Neelofa memberitahu beliau dijangkiti virus berkenaan ketika perjalanan ke Arab Saudi baru-baru ini.

Tambah Neelofa lagi, beliau mula menyedari dirinya kurang sihat sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini dan sebaik saja mendarat di Kuala Lumpur, Neelofa membuat keputusan untuk bergegas ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan malangnya mendapati dirinya sudah dijangkiti.

Selain itu, Neelofa turut membuat kenyataan memohon maaf atas tidak dapat memberikan komitmen dalam waktu sukar ini. “Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini. Saya terpaksa menolak semua jemputan majlis dan kunjungan pelawat ke hospital kerana khuatir jangkitan berlaku,” katanya.
Apa-apa pun, kami di GLAM mendoakan agar Neelofa lekas sembuh.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
