fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Fakta Menarik Pasangan Sehidup Semati Elfira Loy, Faris Khairol Anuar
Mengenang Cinta Agung Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
Pembukaan Semula Butik Coach Di KLCC
Kenali Peragawati, Rubini Sambanthan
10 Soalan Bersama Datuk Normaziah Sheikh Mohamed

Pecah Tradisi! Kenali Halima Aden, Model Berhijab Pertama Memakai Burkini Untuk Sports Illustrated Swimsuit

Say hello the newest member of the Sports Illustrated Swimsuit family! Hari ini, internet berjaya dipecahkan oleh Halima Aden! Dek penularan gambar seorang model berhijab yang pertama kali tampil menghiasi isu majalah wanita yang kebiasaannya menampilkan wanita seksi menyarung bikini dan bergambar di lokasi-lokasi eksotik, Halima Aden berjaya memecah tradisi dan permainan biasa industri ini. Menjadi model hijab pertama ditampilkan dalam isu swimsuit ini yang bakal diterbit dan dipasarkan 8 Mei nanti, Halima Aden nampak anggun dan menawan menerusi beberapa keping gambar yang dirakam jurufoto terkenal, Yu Tsai.

 

 

Menerusi dalam satu temubual, jelas Halima "Swimsuit sentiasa berada di barisan hadapan dalam mengubah naratif dan perbualan mengenai isu-isu sosial hangat dan tanggapan yang dipertimbangkan. Saya berharap penampilan saya ini akan membuka peluang bagi komuniti Somalia, komuniti Islam, komuniti pelarian dan mana-mana komuniti lain untuk menjadi luar dari kebiasaan."

 

 

Bertaut teguh pada prinsip “Don’t change yourself. Change the game", Halima Aden sudah membuktikan tiada apa yang mustahil, walaupun pada ketika agama islam dipandang jelik oleh sesetengah pihak, namun Halima telah pun membuktikan beliau punya cara uniknya yang tersendiri menyerlahkan sisi Islamiknya pada dunia.

 

 

Jom kita intai beberapa fakta menarik tentang Halime Aden yang tidak semua tahu.

 

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse
3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse