Rita Sosilawati Akur Dengan Takdir Ilahi dan Tabah Dalam Meneruskan Kehidupan.

Teks & Penyelaras: Azza Farhana

Pembantu Penyelaras: Elisa Haida

Arahan Seni: Ashura Hakim

Gambar: Bibo Aswam

Solekan: Najeeb Azami

Dandanan: Andrew/Snips International

Lokasi: Butik Jovian Mandagie
 

Rita Sosilawati

Rita Sosilawati dibaluti dengan persalinan RTW dari Jovian Mandagie dan memberi aura elegan dengan set emas merah yang bertahtah berlian dari koleksi Fiocco, Damiani


 
Walaupun masih muda, Rita Sosilawati sudah pun mendominasi dunia kecantikan tanah air. GLAM menyingkap kisah bagaimana Rita Sosilawati mampu meraih sukses di usia muda.
 
Rita Sosilawati antara wajah yang mendominasi pasaran kecantikan di Malaysia. Siapa sangka Pengarah Urusan Nouvelles Visages, Erni Dekritawati Yuliana atau lebih mesra disapa Rita ini begitu popular setanding dengan selebriti! Semua gara-gara apabila dia menjadi penaja utama program realiti paling popular tanah air, Akademi Fantasia 2015. Daripada situ Rita meraih populariti dan sekaligus menaikkan nama Nouvelles Visages yang sudah bertapak selama 22 tahun di Malaysia.
 
Pada usia 26, Rita meneruskan legasi Nouvelles Visages yang dikemudi ibunya semenjak 1994. Tragedi hitam kes pembunuhan arwah Datuk Sosilawati Lawiya pada 2010 yang telah menggegarkan Malaysia suatu masa dulu, cukup berat untuk diterima Rita dan adik-adiknya.
 
Namun Rita menganggap itu semua adalah ketentuan takdir dan dia harus terus melangkah ke depan. Walaupun terlalu berat tanggungjawab yang tergalas di bahunya dia akur dengan takdir Ilahi dan harus tabah meneruskan kehidupan. Rutin hidupnya berubah serta merta. Bayangkan semua akaun dibekukan as Datuk Sosilawati is the only signage for the company. Rita bermula dengan kosong dan kerana simpati rakyat Malaysia di atas kematian Datuk Sosilawati, jualan mendapat keuntungan sehingga empat kali ganda. Dan daripada situlah Rita membuat percaturan baru perniagaannya, rolling duit business tanpa menggunakan duit syarikat yang telah dibekukan itu. Katanya “Moving on has never been easy, but I have faith there’s always a blessing in disguise.”
 
Rita mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Tekstil di UiTM, Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom. Zaman kecilnya tidak seperti kanak-kanak lain. Dia diberi tanggungjawab untuk membantu ibunya di pejabat menguruskan hal perniagaan. Kala rakan-rakan sekolahnya bersuka ria pada Sabtu dan Ahad, Rita pula dipaksa ke pejabat daripada jam sembilan pagi hingga lima petang. Dalam pada itu, timbul juga perasaan tidak senang di hatinya apabila dia tidak bebas seperti teman-teman sebayanya yang lain. Namun setelah dia sendiri menguruskan perniagaan Rita yang kini berusia 31, mengerti mengapa dia perlu membantu ibunya di pejabat sewaktu kecil. Perancangan Allah itu maha sempurna. Dia telah didedahkan ilmu berniaga sejak kecil. Segala selok-belok perniagaan telah dipelajari. “Saya bersyukur di atas segala didikan ibu yang dulunya tidak saya fahami untuk apa. I will not be who I am today without her.”
 
Anak sulung daripada enam beradik ini mengaku, sebelum ibunya meninggal dunia, arwah ibu ada mengadu yang dia sudah letih menguruskan perniagaan dan mahu berehat sambil menjaga cucu di rumah. “Meskipun waktu itu mak mahu saya ambil alih perniagaannya, being a teenager during that time, tentulah saya agak keberatan. Lagi pula saya tidak yakin dan percaya yang saya boleh gantikan mak.Sehinggalah selepas kematian mak, dunia saya gelap seketika. Only after one month I gather my strength to go back to the office and continue the legacy,” jelas Rita.
 
Sambung Rita lagi, sesiapa yang mengenali Datuk Sosilawati Lawiya, mereka tentu akan kata yang Rita amat mirip sekali dengan wajah ibunya. Tetapi kata Rita, bukan sahaja rupa tetapi juga tingkah lakunya. “Mak saya orangnya sangat tabah, tegas dan garang. Dulu waktu sekolah menengah setiap hari saya hanya diberi masa dua jam untuk keluar rumah. Keluar jam lima balik pukul tujuh petang. Dan mak sangat berkira mengenai wang. Satu hari itu, minta duit untuk beli buku di KLCC dan dia bertanya berapa harga buku itu? Saya pun menjawab RM39. Mak tak ada duit kecil, so she gave me an RM50 note which makes me happy to spend all of the money. Pulang ke rumah dia terus meminta saya baki duit tadi!
 
Rita turut mengimbas peristiwa kala dia merengek meminta ibunya membelikan dia komputer riba. “Saya pernah meminta mak membeli Macbook Pro kerana mahu jadi antara orang yang terawal memilikinya. Saya cuba yakinkan mak dengan memberitahu saya perlukan untuk tugasan sebagai pelajar grafik. Mak keberatan kerana harganya mahal kala itu iaitu RM15 ribu. Tanpa jemu saya memujuk mak dan akhirnya dia bersetuju tetapi dengan syarat saya menjadi pelajar cemerlang untuk semester itu. Alhamdullilah saya berjaya mendapat sijil dekan dan dianugerah sebagai pelajar cemerlang. Walaupun mak berduit tetapi kami tidak dididik untuk bersenang-lenang dengan kemewahan mak,” cerita Rita lagi.
 
Semenjak lima tahun NV dikemudi Rita, perniagaan kecantikan yang sudah berpuluh tahun di pasaran ini disuntik nafas baru. Rita lebih kerap menggunakan saluran lintas langsung di tv, media cetak dan elektronik selain laman web sendiri sebagai strategi mengukuhkan namanya sekaligus melebarkan empayarnya. NV sudah bertukar wajah baru. Menurut Rita jutaan belanja juga dihabiskan untuk penukaran packaging yang diimport dari negara China. “NV sekarang turut mempunyai perniagaan kosmetik yang menjual alat solek asas disamping turut memperkenalkan produk kesihatan dalaman seperti kolagen, kopi, teh pelangsing badan dan set bersalin.”
 
Bercakap soal keluarga, Rita kini bahagia bersama suami dan tiga anak yang menjadi menyeri kehidupan rumah tangganya. Dia kini di dalam perancangan untuk hamil lagi dalam waktu terdekat ini. “Saya rasa hidup berkeluarga adalah nikmat kepada semua wanita. Satu hal yang saya tidak ikut jejak arwah mak, iaitu saya akan beri reward pada diri setelah penat bekerja. Mak dulu terlalu kuat bekerja sehingga lupa untuk reward dirinya. Itupun sewaktu saya menuntut di London, I told her to splurge on luxury handbags for herself. Dan barulah mak tahu berbelanja barangan mewah untuk dirinya adalah sebagai ganjaran penat lelah bekerja.”
 
“Ya, macam saya tidak sama sekali sangka yang mak akan pergi pada usia 47. Bagi saya selagi ada peluang untuk bergembira bersama insan tersayang manfaatlah kesempatan itu”
 
Rita berharap empayar yang dibina arwah ibunya ini terus bertahan untuk diturunkan kepada anak cucunya pula. NV sudah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara dan berusaha untuk menakluki keseluruhan Asia pula.

POST A COMMENT