fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Pertunjukan Fesyen Rimowa Di Pavilion
Marion Caunter, Scha Alyahya, Sarah Lian And More Meraikan Pembukaan Dior Homme
Billie Eilish, The New Queen Of Grammys
Saya mengahwini seorang lelaki yang menakjubkan – Nadia Nasimuddin
Angkat Martabat Warisan Tekstil, Ini Karya Tengku Puteri Jihan
Home > Personaliti > Pelantun Lagu Januari Sudah Tiada

Pelantun Lagu Januari Sudah Tiada

Buat penggemar lagu R&B pasti mengenali dan pernah mendengar lagu Januari dendangan penyanyi dari seberang, Glenn Fredly. Penyanyi popular sekitar awal 2000 itu dikhabarkan telah meninggal dunia jam 6 petang waktu tempatan pada usia 44 tahun.

https://www.instagram.com/p/B-uYSQXFp-t/

Khabar duka itu dikongsi oleh beberapa selebriti Indonesia seperti vokalis Noah, Ariel dan Rossa. Menurut laporan media Indonesia, Glenn meninggal dunia di rumah Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta, akibat meningitis. Rata-rata peminat dan rakan selebriti mula membanjiri laman Instagram penyanyi itu dan isterinya Mutia Ayu untuk meninggalkan kata-kata terakhir mereka pada selebriti itu dan mengucapkan takziah.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo pernah berkahwin dengan Dewi Sandra pada tahun 2006 namun perkahwinan itu berakhir pada tahun 2009. Dia kemudiannya berkahwin pula dengan Mutia Ayu, yang juga seorang bintang dangdut pada tahun 2019 dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung, Februari lalu.

https://www.instagram.com/p/B-uJe2sphL6/

Glenn mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995. Dia cukup dikenali di Malaysia sekitar tahun 2000 dengan lagu Januari, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.

Sumber: Astro Awani