“Tanggal Hijab, Then The Contract Is Yours” – Yuna Dedah Pengalaman Awal Mencipta Nama
Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi kelahiran tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna. Bercakap tentang pencapaiannya, pasti kita semua berbangga dengannya, apatah lagi pasti bukan mudah memahat populariti terutama sekali apabila berhijab. Berkongsi suka duka kehidupannya sebagai seorang artis Muslim bertudung di US, keraian Hari Hijab Sedunia yang diraikan pada 1 Februari lepas, Yuna berkongsi pengalaman dirinya yang pernah diminta untuk menanggalkan hijabnya demi kontrak.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Yuna mendedahkan dirinya pernah diminta untuk membuka hijab ketika hampir menandatangani kontrak dengan satu label muzik di negara itu. “Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang meminta saya untuk menunjukkan sebahagian tubuh iaitu bahu dan lutut ketika sesi fotografi dijalankan. Namun saya tetap dengan pendirian!”
https://www.instagram.com/p/B8CPG4oB2dw/
Namun begitu, Yuna akui dia bersyukur kerana situasi dilaluinya kini sudah berubah sebagai seorang wanita berhijab. “Alhamdulilah, semuanya sudah berubah. Malah, saya gembira melihat ramai teman saya yang berhijab kini diterima baik dari segi penampilan mereka. Mereka juga dapat melakukan apa saja yang diinginkan dengan bebas dan pada masa terus mengekalkan identiti mereka dengan berhijab,” katanya.
Foto: Instagram @yuna
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
