Bintang Korea Selatan, Sulli Ditemui Mati Di Kediamannya
Pelakon dan bekas ahli kumpulan f(X) Sulli, atau nama sebenarnya Choi Jin Ri ditemui mati di tingkat dua kediamannya di Seongnam, Seoul, Korea Selatan pada 3.20 petang KST. Memetik laporan portal koreaboo, selebriti berusia 25 tahun ditemui meninggal dunia oleh pengurusnya setelah gagal dihubungi.
https://www.instagram.com/p/B19VIMTBbmI/
Siasatan masih dijalankan oleh polis bagi mengetahui punca kematian yang dipercayai sebagai bunuh diri namun tiada nota bunuh diri ditemui setakat ini. Sulli yang memulakan kariernya sebagai pelakon pada tahun 2005. Pada tahun 2009, dia memulakan karier nyanyian dengan artis berkumpulan dikenali sebagai f(X), di bawah naungan SM Entertainment. Sulli juga pernah menjadi brand ambassador untuk produk kecantikan Estee Lauder.
https://www.instagram.com/p/B1aaEB0hzGd/
Pelakon cameo Hotel De Luna itu pernah mengakui hidupnya kosong dan dia hanya berpura-pura gembira dalam sebuah temubual bersama program Reply Night baru-baru ini. Kenyataan daripada pihak polis menyatakan bahawa Sulli mengalami kemurungan yang teruk, walaupun tiada butiran telah didedahkan oleh keluarga Sulli atau SM Entertainment.
Syarikat labelnya telah mengeluarkan kenyataan pendek mengesahkan kematian sulli dan meminta orang ramai tidak mengeluarkan spekulasi.
“This is SM Entertainment.
We are sorry to tell everyone the sorrowful and sad news. Sulli has left us.
We cannot believe the situation, and we are simply in a state of grief.
Please refrain from spreading speculative articles or rumors in respect of the bereaved’s family who are saddened by the sudden tragedy. We express our deepest condolences to the deceased, who went on their final path.
— SM Entertainment
Di sini GLAM ingin mengingatkan kepada setiap pembaca GLAM (atau sesiapa sahaja) bahawa kesihatan mental adalah satu perkara yang patut diambil serius. Dapatkan bantuan jika perlu dan usah rasa gusar untuk mendapatkannya. Hubungi 03-79568145 atau lawati befrienders.org.my untuk mendapatkan bantuan atau berkomunikasi tentang masalah anda. Please never take mental health issues lightly.
Sumber: koreaboo.com
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
