Selebriti Hollywood, Charlize Theron mengakui bahawa dia tidak malu berkongsi kisah hitam yang pernah berlaku pada diri serta keluarganya. Dalam satu temu bualnya bersama NPR, Theron memberitahu bahawa ibunya terpaksa membunuh bapa di hadapan Theron yang ketika itu baru berusia 15 tahun demi mempertahankan diri.

Gambar: Deposit photos
Tambah Theron, bapanya seorang kaki botol dan pada hari kejadian pulang ke rumah membawa sepucuk pistol dan menyebabkan ibunya terpaksa mengambil tindakan untuk menyelamatkan dirinya dan Theron.
“Ibu bertindak sedemikian kerana mahu menyelamatkan kami berdua. Bapa pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tidak berjalan dengan betul sambil membawa sepucuk pistol menuju ke arah kami berdua. Saya dan ibu kemudian bersembunyi dan bersandar pada pintu dan cuba menghalang bapa daripada masuk.

“Bapa kemudian telah melepaskan tiga das tembakan pada pintu dan kami bernasib baik kerana tiada satu peluru mengenai kami. Jadi ibu terpaksa membunuhnya untuk menyelamatkan nyawa kami berdua,” ujar pelakon Bombshell itu.
Theron menambah, dia tidak berasa segan untuk menceritakan kejadian hitam yang melanda dirinya walaupun sudah bergelar selebriti malah mahu ia menjadi pengajaran buat sesiapa yang berdepan dengan situasi yang sama. Wanita itu turut menambah bahawa tiada memori lain yang diingati mengenai bapanya selain dia seorang yang mengalami ketagihan alkohol yang teruk.
Artikel Berkaitan
Breitling Perkenal Chronomat 28, Jam Tangan Rampin...
5 Trend Beg ‘It’ ke Pejabat Yang Wajib Dijadik...
Bahan Berbahaya Dalam Syampu: Apa Yang Perlu Anda ...
Rosé BLACKPINK Tampil Anggun Di Paris Fashion We...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Kate Middleton & Meghan Markle Bakal Bersatu
Celine Dion Menerima Gelaran Doktor Muzik Kehormat
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
