Related Stories
Seorang teman Datin X mengadu, anak perempuannya, Nadia sekarang sedang berendam air mata mengenangkan rumah tangganya yang retak menanti belah. Kisahnya, menantu lelaki sudah pandai simpan perempuan. “Selalu balik lewat malam dan telefon bimbitnya bertalu-talu SMS masuk dari entah perempuan mana. Padahal, kahwin baru sangat…tak sampai dua tahun pun,” ujar kawan tadi sama susah hati. “Mungkin sebab anak I tak boleh mengandung… mungkin sebab itu suaminya mula cari lain kat luar.”

Nadia ini mukanya boleh tahan, badannya sedap-sedap berisi tapi tak adalah sampai tahap obes. Rangkanya besar, it runs in the family. Dah bercinta dengan kekasihnya hampir 10 tahun. Bila hari pernikahan sudah ditetapkan, Nadia mula sibuk nak kuruskan badan. Biasalah orang nak kahwin, mestilah nak nampak elok di hari bersejarah nanti. Tapi anak kawan Datin X ni terlebih berani. Dia mula menelan ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Dahlah ambil ubat illegal, dia telan lebih sebab kononnya nak bagi cepat kurus.
Pada hari perkahwinannya, memang cantik berseri-seri. Semua orang memuji hingga ada yang tidak kenal padanya lebih-lebih lagi bila dah disolek cantik. Sebulan melayari bahtera perkahwinan, Nadia mula rasa tak sedap badan. Rasa mual dan muntah-muntah, tubuh lemah tak bermaya dan kaki mulai membengkak. Mulanya excited ingat sudah berbadan dua. Tapi awalnya nak bengkak kaki? Suami rasa tak sedap hati dan membawa Nadia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Harapan mahu mendengar dari mulut doktor yang dia disahkan mengandung hancur berkecai. Remuk hati Nadia bila diberitahu doktor yang buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dengan baik lantas salah satu kesannya adalah kakinya yang semakin membengkak. Nadia bernasib baik sebab situasinya masih boleh diubati tetapi terpaksa menderita buat seketika kerana rawatannya adalah pengambilan steroid tanpa henti. Dalam erti kata lain, seluruh tubuh Nadia akan makin membengkak.
Setahun berlalu, Nadia kelihatan seperti lebih berisi dari sebelum berkahwin. Ini antara efek ubat-ubatan yang diambil. Impian suami mahu menimang cahaya mata sendiri juga terus berkubur sebab rawatan berkenaan membuatkan Nadia tidak mampu melahirkan anak. Kata doktor, rawatan berkemungkinan akan berpanjangan hingga beberapa tahun lagi. Riak muka suami Nadia begitu sugul sejak diberitahu, Nadia pula mulai murung mengenangkan dia tidak mampu memberi apa yang suaminya idamkan.
Dalam setahun itu, pasangan ini asyik bergaduh atas perkara-perkara kecil. Hanya sejak kebelakangan ini, rumah lagi ‘panas’ kerana sang suami ambil keputusan untuk tidak lagi duduk di rumah. Dia keluar mencari kegembiraan sendiri hingga akhirnya memiliki kekasih baru. Ada yang cakap suami Nadia hanya main-main saja, tapi ada juga yang memberitahu dia akan menyunting kekasih barunya itu sebagai isteri. Apa nasib Nadia, Datin X pun tak tahu nak cakap.
Datin X terpanggil mahu berkongsi kisah ini kerana boleh dijadikan iktibar kepada semua wanita yang taksub mahu kurus. Jangan ambil keputusan drastik yang mungkin membahayakan kesihatan. Datin X percaya setiap wanita perlu ambil serius hal penjagaan wajah dan badan. Mesti selalu cantik depan suami. Sebab kalau lelaki tu cintakan kita, gemuk macam mana pun dia tetap sayang. Tapi walau muka cantik bak bidadari sekali pun, kalau lelaki tu kata dia nak pergi, dia pasti akan pergi juga.
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
