Related Stories
Tindakan Rasis Seorang Ahli Kerabat Diraja England Terhadap Meghan Markle
2017 merupakan tahun yang positif buat aktres dan bakal Duchess Meghan Markle. Dengan kemuncaknya merupakan pengumuman pertunangannya bersama Putera Harry dan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 19 Mei akan datang.

Umum juga mengetahui bahawa kaum kerabat diraja England seperti Ratu Elizabeth, Putera Charles, Putera William, dan Kate Middleton antara individu yang mengalu-alukan kehadiran Meghan ke dalam hidup Putera Harry dan keluarga mereka. Namun ada juga yang nampaknya masih tidak sedar akan kehadiran atau enggan menerima Meghan dalam kehidupan mereka?
Rabu yang lalu Meghan telah menyertai Putera Harry dan lebih kurang 50 orang kaum kerabat yang lain untuk majlis makan tengahari tahunan pre-Krismas yang dianjurkan oleh Ratu Elizabeth sendiri. Meghan sendiri kelihatan anggun dan menawan pada hari tersebut.

Puteri Michael of Kent dilihat mengenekan kerongsang “blackamoor” yang merupakan satu unsur perkauman.
Menurut People, majlis indah itu diburukkan oleh pilihan fesyen oleh seorang wanita dengan gelaran Puteri Michael dari Kent, isteri kepada sepupu Ratu Elizaebth, yang telah mengenakan kerongsang berunsurkan perkauman.
Kerongsang yang diperkatakan itu menggunakan perhiasan “blackamoor” yakni sejenis perhiasan yang menggambarkan orang berkulit hitam sebagai hamba eksotik. Imej “blackamoor” ini juga “mempersonafikasi penawanan ras” yang memberikan unsur perkauman yang berat.
Orang ramai yang menyedari hal ini mula mengkritik wanita tersebut dan mempersoalkan niat sebenarnya menghadiri majlis tersebut yang turut melibatkan Meghan yang mempunyai darah kacukan (bapanya berkulit putih dan ibunya berkulit hitam). Sejak hubungan Meghan dan Putera Harry menjadi umum, dia terpaksa berhadapan dengan komen dan tajuk berita berunsurkan perkauman daripada pihak media British.
Ini juga bukan kali pertama Puteri Michael menampilkan kelakuan berunsur perkauman. sebelum ini dia pernah memberitau sekumpulan orang berkulit hitam di sbuah restoran di New York untuk “pulang ke koloni semula.” Dia mengeruhkan lagi keadaan dengan kenyataan “Saya pernah menyamar yang sebagai orang Afrika, Afrika separuh-kasta, tetapi disebabkan rona mata saya, saya tidak dapat meneruskannya, tetapi saya mewarnakan rambut saya kepada hitam.”
Artikel Berkaitan
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Flip The Past & The Future
Seven Ways Dengan Tata Gaya Infiniti!
Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik
Datin X: Affair Di Hujung Usia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
