Print On Print: Selamat Tinggal Quiet Luxury!
Ucapkan selamat tinggal kepada minimalis dan gaya asas dalam berfesyen! ‘Print on print’ kini hadir untuk mendorong individu agar tampil lebih berani dan menyerlahkan keperibadian asli masing-masing.
Dalam dunia fesyen yang sentiasa berevolusi, fenomena ‘clean girl aesthetic’ atau rona yang senada pernah menjadi panduan utama untuk individu menentukan pilihan pakaian mereka. Setiap helaian pakaian yang dipilih perlu berada dalam lingkungan warna yang sama manakala corak dianggap berisiko jika digayakan secara berlapis-lapis. Namun, tahun 2026 mencatat satu perubahan ketara di mana trend ‘print on print’ mula mendominasi media sosial dan gaya fesyen masyarakat. Individu tidak lagi takut untuk memadankan busana bercorak bersama hijab bercorak. Ia berani, ekspresif dan memukau.Gabungan corak yang memukau
Lebih daripada sekadar trend, ‘print on print’ menjadi satu pernyataan visual terhadap sesiapa yang melihat tanpa perlu mengeluarkan sebarang penjelasan. Corak-corak itu sudah cukup untuk menceritakan personaliti si pemakai, tanpa perlu sebarang penjelasan.
Gaya fesyen ini bukan tentang gaya yang terlalu selamat atau sekadar kelihatan ‘serasi’. Ia tentang kontras. Tentang keberanian setiap individu meraikan perbezaan yang ketara tanpa memerlukan pengiktirafan sesiapa. Corak jalur dipadankan dengan bunga, abstrak bertemu polka dot, motif geometri berlapis etnik — semuanya wujud dalam satu siluet yang sama, namun masih seimbang. Di sinilah seni sebenar ‘print on print’ terserlah. Ia bukan kacau-bilau, tetapi satu komposisi visual yang disengajakan.
Warna & Aksesori Menjadi Suara Personaliti
Warna juga berbicara di dalam gaya yang istimewa ini. Monokrom print memberi impak minimal tetapi tajam. Walaupun rona yang dipilih adalah basic dan tidak berlebihan, corak yang dilapiskan bersama masih mampu menyampaikan personaliti autentik si pemakai. Warna-warna neon pula menghadirkan energi urban yang edgy. Dan bagi yang berani, clash warna terang adalah lambang keyakinan mutlak — tiada ruang untuk ragu. Walaupun ia kelihatan agak janggal oleh sesetengah orang, pemilihan ini adalah untuk menggambarkan keperibadian asli masing-masing.
Aksesori? Biarkan ia menjadi pelengkap, bukan pesaing. Ramai beranggapan bahawa aksesori yang dipilih haruslah minimal untuk memberi ruang kepada busana untuk menyerlah. Namun, untuk individu berkeperibadian maximalism, more is more. Contohnya, beg tangan bercorak leopard boleh sahaja digayakan bersama pakaian yang sudah bercorak. Namun, pemilihan warna dan tekstur turut memainkan peranan penting untuk memastikan keseimbangan visual. Untuk individu yang menginginkan harmoni dan belum bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada gaya tersebut, beg berstruktur polos atau kasut ton-sur-ton boleh memberikan keserasian visual.
Berani Tampil Berbeza
Rahsia untuk menggayakan trend ini tanpa rasa malu atau takut? Keyakinan. Percaya pada naluri gaya sendiri. Apabila keyakinan hadir, corak yang berlapis tidak lagi kelihatan ‘terlalu banyak’, sebaliknya tampak penuh karakter. Dalam dunia yang sering memuja kesempurnaan dan keseragaman, ‘print on print’ berdiri sebagai simbol kebebasan berekspresi. Ia tidak meminta izin untuk menonjol, dan tidak memohon maaf kerana berbeza. Suatu pemikiran yang perlu diserap dan diaplikasikan oleh semua untuk mengejar kebahagiaan tanpa memerlukan pengiktirafan sesiapa.
Artikel berkaitan: Ini Trend Fesyen 2026 To Look Forward
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
