Related Stories
Home > GLAM Beauty Club > GBC Beauty Radar > Editor GBC Mencuba 5 Produk Korea “Viral” Untuk Anda!
Editor GBC Mencuba 5 Produk Korea “Viral” Untuk Anda!
Bulan lalu, saya berpeluang ke Korea, bercuti menenangkan diri sambil menyelongkar trend terbaru di sana. Dan ini 5 produk Korea “viral” sempat saya cuba untuk anda!
Seperti anda juga, saya apabila berpeluang pulang ke ‘kampung’ iaitu kota Seoul (ini kali ke-15 saya ke sana, dan tidak pernah sesekali rasa jemu!), pasti akan singgah ke Olive Young. Syurga untuk peminat kecantikan dunia memborong produk-produk terbaru di Korea dan semestinya berkesan juga digemari oleh masyarakat tempatan di sana.
Buat yang belum tahu, Olive Young adalah sebuah jenama yang menggambarkan diri mereka sebagai “platform gaya hidup global dan curator kecantikan dan kesihatan”. Jenama ini membuka stor pertamanya di Korea pada tahun 1999 dan sehingga kini menjadi jenama nombor satu di Korea apabila berbicara tentang kecantikan. Sehingga tahun 2023, Olive Young telah memiliki sebanyak 1,338 buah butik di Korea sahaja dan menyediakan servis penghantaran antarabangsa di lebih 150 buah negara seluruh dunia.
Setiap hari saya tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke stor Olive Young ini. Almaklumlah, sehari sahaja belum tentu saya dapat menghabiskan masa menyelongkar setiap produk yang ada. Saya berkunjung salah satu stornya di Myeongdong. Sambil menonton video-video rekomendasi masyarakat lokal di TikTok juga melihat sendiri poster mini bertulis “best product of the year” atau “bestseller” disebalik papan harga, saya berjaya membeli lima produk Korea “viral” saranan mereka.
Ini 5 Produk Korea “Viral”, Saya Cuba Kesemuanya
#1 C.K.D Retino Collage Guasha Neck Cream
Sudah lama mencari krim leher yang sesuai untuk diri sendiri. Memandangkan usia semakin meningkat malah gaya hidup sekarang yang sering menunduk menghadap telefon bimbit mahupun komputer membuatkan muncul masalah tech neck. Setelah mencuba produk ini selama seminggu, ternyata saya dapat melihat sendiri perubahan pada bahagian leher. Krim ini diperkaya dengan bahan intipati hebat yang mampu memberi hidrasi mendalam pada kawasan kulit yang lembut seperti leher. Ia membantu mengurangkan kedutan serta hadir bersama roller Gua Sha sesuai untuk mengurut bahagian leher dan bahu. Intipati hebat yang terdapat dalam krim ini antaranya adalah seperti ekstrak hydrolyzed collagen, retinal, asid hiarulonik, hydrolyzed elastin dan hydrogenated lecithin. Ia mampu merawat tanda penuaan pada kulit.
#2 VT Cosmetics Cica Reedle Shot 100
Buat yang tidak biasa, saat pertama menyapu krim ini di wajah, pasti akan terasa pedih akibat rasa mencucuk dan tajam. Betul! Saya juga begitu. Reedle Shot 100 daripada VT Cosmetics ini menjadi viral dikalangan masyarakat Korea malah pernah menjadi produk nombor 1 di dalam Olive Young awal tahun ini. Ia adalah sebuah produk yang bertindak sebagai booster dalam rutin penjagaan wajah anda. Diperkaya dengan teknologi microneedle oleh bahan intipati hebat seperti ekstrak Centella Asiatica, asid hialuronik, ekstrak propolis hijau dan amino acid complex. Selepas dua hari memakai produk ini, saya dapat melihat kesan yang ketara pada bahagian kulit radang akibat jerawat. Selain itu, ia amat membantu mengurangkan penampakan pori, mencerahkan parut dan mengembalikan tekstur kulit mulus.
#3 Produk Korea “Viral”: Fwee Blurry Pudding Pot Lip & Cheek
Antara produk yang popular dikalangan peminat kecantikan di Korea. Saat saya pergi waktu itu, hampir kesemua produk mereka sold out! Sempat saya mendapatkan produk Blurry Pudding Pot Lip & Cheek yang dikatakan antara produk bibir dengan inovasi maju. Formulanya yang mampu mengaburi kedut bibir dan memberi efek lembut selepas mengolesnya pada bibir membuatkan saya terus jatuh cinta dengan produk ini. Bukan itu sahaja, dengan satu layangan sudah boleh memberikan hasil solekan bibir yang cukup cantik dan tidak mengeringkan. Bukan itu sahaja, ia turut boleh dilayangkan pada pipi sebagai pembayang. Ini dapat memberikan hasil solekan monokroma yang cantik di mana bibir dan pipi tampil dalam warna yang sama.
#4 Tamburins Egg Lip Balm
Salap bibir adalah antara item yang ‘hot’ di Korea. Mungkin kerana keadaan cuaca yang sejuk membuatkan bibir cepat menjadi kering. Baik lelaki mahupun perempuan, tidak kira tua ataupun muda, masing-masing pasti akan memiliki salap bibir. Tidak ketinggalan, jenama Tamburins juga mengeluarkan koleksi salap bibir dalam empat jenis bauan iaitu ‘Unscented’, ‘Rose Woody’, ‘Milk Tea’ dan ‘Woody Green’. Saya suka akan tekstur salap bibir daripada jenama ini kerana ia diperbuat daripada minyak tumbuh-tumbuhan selain daripada rupa kelalangnya yang sungguh comel.
#5 Anua Heartleaf Quercetinol Pore Deep Cleansing Foam
Sewaktu saya ke Korea, saya sebenarnya terlupa untuk membawa pencuci muka sekali. Jadi saya singgah ke Olive Young pada hari pertama untuk membeli apa sahaja pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah saya. Namun, saya sempat membuat sedikit ‘research’ menerusi guru kecantikan di TikTok, mereka menyarankan pencuci muka istimewa daripada Anua ini. Saat pertama kali memakai produk ini, ternyata saya amat berpuas hati. Ia membantu dalam membuang segala sel kulit mati yang terdapat pada liang pori. Ekstrak serbuk heartleaf halus berfungsi dalam membersihkan kulit wajah secara mendalam selain membekalkan kelembapan optima. Saya juga dapat merasakan kulit tidak lagi tampil berminyak. Produk ini juga ternyata merawat serum berlebihan!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk̷...
BY Julia Azman
Jul 15, 2025
GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ring...
BY Julia Azman
Jul 02, 2025
GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
BY Julia Azman
Jun 11, 2025
GBC Lulus: Kami Mencuba 4 Hairspray Untuk Volume &...
BY Zahirah Zulkhairi
Jun 04, 2025
GBC Teruja Charlotte Tilbury Kini Di Sephora Malay...
BY Julia Azman
May 28, 2025
‘Less is more’, Nabila Huda Dedah Rahsia Kecan...
BY Aesya Sofilea
May 06, 2025
GBC Lulus: Skrub Badan Terbaik Yang Menjadikan Kul...
BY Zahirah Zulkhairi
Apr 17, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
