GLAM PROMOSI – JUN 2016

 

*klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2016

_____________________________________________________________________________________________

[tab: CELOVIS]

Menang!
 5 set x Aksesoris Celovis bernilai RM1250

FB Cover

Biasan Feminin Celovis
Celovis mengutamakan elemen feminin, elegandan kontemporari di dalam setiap rekaan aksesorinya. Gabungan ketiga-tiga ciri ini sesuai digayakan buat wanita abad ke 21 yakni cita rasa generasi terkini. Lebih istimewa, setiap aksesorinya mempunyai simbol yang melambangkan makna tersendiri.
 
Rekaan aksesori Celovis menggunakan batu gred tinggi, Cubic Zirconia yang berkilau seperti berlian tulen di mana setiap batu yang digunakan mempunyai sijil GIA. Seperti perhiasan aksesori yang lain, Celovis turut menghasilkan aksesori yang menggunakan 24k emas saduran yang terhasil daripada proses elektro-kimia. Bagi yang meminati kristal Swarovski, terdapat beberapa rekaan aksesori yang sesuai dijadikan sebagai hadiah istimewa buat insan tersayang. Layari laman web rasmi Celovis untuk mengetahui lebih lanjutmengenai aksesori yang anda mahukan.

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: KERASTASE]

Menang! 
20 x Rawatan Fusio-Dose di Tezzer Saloon
bernilai RM 6000 kesemuanya

 

Era Penjagaan Rambut Khas Fusio-Dose
 
Terletak di Sunway Putra Mall, Tezzer Saloon menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan rambut khas buat para pelanggan. Salun ini dibantu para pendandan yang memiliki kepakaran lebih dua puluh tahun pengalaman dalam penggayaan rambut. Selain persekitarannya yang selesa, salun Tezzer juga turut mempunyai bilik privasi, di mana pengunjung boleh mendapatkan rawatan secara persendirian.
 
Khas buat para pengunjung Tezzer Saloon, mereka hanya menggunakan produk rawatan rambut terbaik, yakni Kérastase yang telah terbukti berkesan buat penjagaan rambut yang eksklusif. Antara rawatan terbaik di salon ini adalah rawatan Fusio-Dose yang menggunakan produk Kérastase yang menawarkan pelbagai kombinasi rawatan.
 
Rawatan Fusio-Dose ini mengandungi empat pati dan lima booster yang memberi nutrisi serta melembutkan rambut berwarna melalui mikro emulsi jojoba daripada minyak avokado. Rawatan ini juga membantu memperbaiki dan melindungi serat rambut agar rambut tampak lebih volume dan kuat. Booster yang digunakan semasa rawatan Fusio-Dose pula membentuk lapisan pelindung pada kawasan rambut rosak dari akar ke hujung agar rambut anda kelihatan lebih berstruktur dan mudah untuk digayakan. Hasilnya rambut kelihatan lebih terurus dan lembut bak sutera.

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: LAURA MERCIER]

Menang! 
10 x Set kosmetik serta voucher dari Laura Mercier bernilai
RM6780 kesemuanya

 

laura mercier snap 1
Pesona Laura Mercier

Terkenal dengan produk kosmetik, penjagaan kulit serta wangian Laura Mercier juga merupakan jurusolek peribadi kepada selebriti antarabangsa terkenal iaitu Sarah Jessica Parker, Julia Roberts, dan Juliette Binoche. Kepakarannya dalam menghasilkan kelainan pada wajah di samping menyerlahkan kecantikan semula jadi seseorang menjadikan kosmetik Laura Mercier popular ketika sesi fotografi.
 
Foundation Primer Digunakan sebagai asas, gel berkrim ini diratakan pada keseluruhan wajah anda bagi mewujudkan lapisan rata dan sekata di samping bertindak sebagai penampan kepada elemen-elemen luar. Hasilnya, kulit kelihatan lebih licin dan solekan tampak segar serta kekal sepanjang hari Candleglow Soft Luminous Foundation Dilengkapi dengan teknologi micro-fine serta Radiant-Pearl Mica, ia dapat membantu menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit lalu menjadikan wajah tampak lebih cantik seperti semula jadi. Caviar Stick Eye Colour merupakan luxe sticks do-it-all. Terdapat enam warna baru seperti Moonlight, Tuxedo, Burnished Bronze dan Peacock yang sesuai dijadikan sebagai pelengkap mata, menambahkan keserian pada solekan anda! Crème Smooth Lip Colour Dengan hanya sekali olesan, gincu mewah Laura Mercier Crème Smooth Lip Colour membekalkan vitamin E dan minyak Olive yang berkhasiat untuk bibir anda agar tidak kering dan bertekstur. Formula crème pada gincu pula menjadikan sapuan tampak lebih kemas dan berkilat.

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: LET IT BE]

Menang! 
20 x Tiket Let It Be bernilai RM338 setiap satu

 

Glam A5 Horizontal CO

 

Persembahan Muzikal Let It Be

Menerusi persembahan hit antarabangsa, dari London’s West End dan Broadway, The Beatles telah membuat debut mereka selama lapan minggu di seluruh Kanada dan Amerika Syarikat pada musim bunga 2015. Kali ini, The Beatles kembali dengan persembahan baru yang bakal membawa anda menggamit kembali kenangan nostalgia 60-an daripada Ed Sullivan hingga ke Abbey Road bersama dengan lagu-lagu hits mereka iaitu Hard Day’s Night, Day Tripper, Sgt Pepper’s Lonely Hearts Club Band, Twist and Shout, Get Back, Strawberry Fields, I Wanna Hold Your Hand serta banyak lagi.
 
Bertempat di Plenary Hall Kuala Lumpur City Centre, persembahan The Beatles bakal menghiburkan anda bermula dari 14 hingga 17 Julai 2016. Bagi anda yang ingin menyaksikan persembahan debut The Beatles secara langsung, tiket boleh didapati di TicketCharge atau di laman web www. TicketCharge.com.my.

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above