Koleksi Solekan Musim Bunga Bakal Menemui Anda
#ApaSiapaDiMana: Win Metawin Terbang ke Kuala Lumpur Untuk Prada Beauty!
Semak List Ini Dulu Sebelum Pasang Bulu Mata
Top 5: MOST GLAM Next Fashion Videographer
5 Wangian Floral Pilihan GLAM
Home > Cantik > Rahsia Good Hair Days Setiap Hari? Kenali Teknologi LvPro

Rahsia Good Hair Days Setiap Hari? Kenali Teknologi LvPro

Dalam dunia penjagaan rambut profesional, inovasi bukan lagi sekadar tentang hasil yang cantik, tetapi bagaimana untuk mencapainya tanpa merosakkan struktur rambut. Dari Jepun, LvPro tampil sebagai watak utama dalam industri, menawarkan solusi yang direka khas untuk kegunaan salon dengan fokus pada prestasi dan kesihatan rambut.

Apa yang membezakan LvPro adalah pendekatannya yang berteraskan 0 alkaline agents, faktor utama yang sering menyebabkan kerosakan dalam rawatan seperti rebonding dan perm konvensional. Dengan formulasi yang lebih lembut dan pH yang hampir kepada keseimbangan semula jadi rambut, hasilnya bukan sahaja lebih selamat, tetapi juga mengurangkan bau kimia yang kuat sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih selesa.

Rambut Lurus Lebih Sihat Dengan Acid Fiber Solution

Bagi mereka yang mencari rambut lurus tanpa mengorbankan kesihatan rambut, LvPro Acid Fiber Solution menawarkan pendekatan baharu. Sistem ini menggunakan pH berasid ringan yang lebih dekat dengan keadaan semula jadi rambut, sekali gus mengurangkan tekanan kimia yang biasa berlaku dalam rawatan pelurusan.

Hasilnya adalah rambut yang lebih licin, berkilau dan mudah diurus, malah sesuai untuk rambut yang sebelum ini sukar dirawat termasuk rambut yang pernah melalui proses bleach atau rosak.

Keriting Lebih Tahan Lama

Tidak terhad kepada rambut lurus, LvPro Fiber Curling System membuka dimensi baharu dalam dunia perm. Direka dengan formulasi tanpa alkaline dan berasid ringan, teknologi ini membantu menghasilkan kesan keriting yang tahan lama.

Sama ada untuk teknik cold perm, digital perm atau gaya Korean perm, hasilnya tampak lebih semula jadi dengan tekstur yang lembut serta kurangkan kerosakan rambut.

Penjagaan Di Rumah Yang Melengkapkan Rawatan Salon

LvPro turut menekankan kepentingan penjagaan selepas rawatan salon. Antara produk yang disarankan termasuk:

  • Amazing Water – digunakan sebagai primer sebelum styling untuk mengawal frizz dan memberikan kilauan lembut.
  • LvPro Serum – serum intensif untuk rambut rosak, boleh digunakan sebagai leave-in conditioner untuk melembapkan dan melembutkan rambut.
  • LvPro Lasting Hair Mask – masker keratin berprestasi tinggi yang membantu memulihkan kekuatan dan keanjalan rambut, khususnya untuk rambut yang telah melalui proses kimia.

LvPro treatment tersedia di:

  • Cher’s salon, The Park 2 Bukit Jalil.
  • Judu Hair Studio,Bandar Bukit Raja, Klang.
  • ⁠Maldon Hair Salon,Mont Kiara.
  •  ⁠GoSann Salon, Kepong.
  • Kaze Hair, Salon Bandar Menjalara.
  • Jeff Garsac Hair Saloon, Petaling Jaya .
  • Hairworx Co, Kuchai Lama.

Dengan teknologi yang lebih lembut tetapi efektif, LvPro membuktikan bahawa hasil yang cantik tidak semestinya perlu mengorbankan kesihatan rambut. Sama ada untuk meluruskan, mengeriting atau merawat rambut, pendekatan ini membuka jalan kepada rutin penjagaan rambut yang lebih bijak, moden dan mudah.

Artikel berkaitan: Nak Lambat Penuaan? Ini Rahsia Di Sebalik Pinggan Anda