Gaya Rambut ‘Bangs’ Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini
Pengalaman Wangian Bersama GLAM Beauty Club X CHANEL Parfumeur
Kylie Jenner Meluaskan Empayar Kosmetiknya
Koleksi Solekan Musim Bunga Bakal Menemui Anda
Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama
Home > Cantik > Rai Hari Lautan Sedunia Bersama La Mer Blue Heart

Rai Hari Lautan Sedunia Bersama La Mer Blue Heart

LaMerBlueHeartGambar: La Mer/Jim Hellemn

  Dalam usaha untuk terus melindungi kehidupan laut, La Mer meneruskan kerjasama dengan National Geographic Society serta peneroka laut dari institusi pendidikan itu sebagai suatu bentuk sokongan kepada pemuliharaan laut.   Tahun ini La Mer menyokong dua nama baru dalam dunia penerokaan laut iaitu Dr. David Gruber dan Shannon Switzer selain meneruskan sokongan terhadap National Geographic Explorer-in-Residence, Dr. Sylvia Earle yang terkenal dengan kelantangannya dalam penekanan terhadap kepentingan habitat laut sihat.   La Mer menerusi program Blue Heart menjalankan misi untuk meningkatkan kesedaran dalam melindungi dan meneroka laut. Sempena Hari Lautan Sedunia juga, reka bentuk baru dalam edisi terhad Creme de la Mer boleh didapati sepanjang Jun 2015. Reka bentuk kelalang saiz 100ml itu tertera perkataan ‘Blue Heart’, menandakan sokongan serta visi jenama itu dalam melindungi lautan nan biru.   La Mer World Oceans Day 2015 (RM1750) - 2 Ianya boleh didapati di Parkson, Pavilion, Isetan Suria KLCC dan Bandar Utama serta Metrojaya, Mid Valley Megamall pada harga RM1,750.