Mesej Di Sebalik 7 Kostum Unik Miss Universe 2021
Siap Diri Untuk Tahun 2023, Ini Checklist Untuk Anda
Tonton 5 Filem Ini, Buat Rasa Ingin Pergi Bercuti Sekarang Juga!
Blake Lively Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat
Kembali Bercinta, Bunga Citra Lestari Selangkah Menuju Bahagia

Rakan Selebriti Ratapi Pemergian Angus Cloud Dengan Mesej Menyentuh Hati

Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian aktor Angus Cloud pada usia begitu muda, 25 tahun.

Pelakon yang terkenal dengan peranannya sebagai Fezco O’Neill dalam siri Euphoria itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di California, Amerika Syarikat. Ahli keluarganya mengesahkan khabar duka itu menerusi satu kenyataan rasmi dua hari lalu.

“Dengan berat hati kami terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada insan luar biasa hari ini. Sebagai seorang artis, rakan, abang dan anak lelaki, Angus amat istimewa buat kami semua dalam pelbagai cara. Minggu lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya dan bergelut dengan kehilangan ini. Angus kini bersatu semula dengan bapanya, yang juga rakan baiknya.”

Angus Cloud dilaporkan sukar menerima hakikat kematian bapanya dan ini mengganggu kesihatan mentalnya. Bagaimanapun punca sebenar pemergian pelakon ini masih belum didedahkan. Kehilangannya mengundang duka di hati bintang Hollywood terutama kru dan pelakon siri popular Euphoria.

Ini antara rakan selebriti Hollywood yang meratapi pemergian Angus Cloud

2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse
Javon Walton yang memegang watak adik Angus Cloud, Ashtray dalam siri itu berkongsi foto mereka saling berpelukan di Instagram. “Semoga anda tenang, saudaraku,” tulisnya. Dia turut memuat naik sekeping lagi foto di Instagram Story dengan kapsyen, “Keluarga selamanya.”
2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse