Idea Drama Raya Panasonic
Memilih Sofa Kulit
Diari – Langkah Sempurna Ratu Sehari
Sejenak – Trik Padanan Warna Kediaman
Ruang – Maksima Ruang Kediaman
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Resipi Hujung Minggu – Mango Mousse

Resipi Hujung Minggu – Mango Mousse

  Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli Arahan Seni : Afiq Khairudin Gambar : Patrick Chan     Buat pencinta manisan, jika berkesempatan bercuti di Brunei, kafe Mr. Baker’s Bakeshop adalah syurga kek dan pastri yang perlu dikunjungi. Menepati gaya hidup lebih sihat dan sejahtera, Mr. Baker’s menghasilkan produk roti, kek dan pastri yang berkhasiat lagi kaya nutrisi untuk dinikmati tanpa rasa bersalah. Menu kek dan pastri yang ada menggunakan bahan-bahan bermutu dan segar berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kek lobak merah, Mango Mousse dan tart buah-buahan. Di hujung minggu ini, boleh cuba resipi istimewa yang ringkas dan mudah, Mango Mousse dari kafe Mr. Baker’s Bakeshop untuk dinikmati bersama keluarga.   Mango Mousse   Bahan – bahan  2 biji mangga ¼ cawan susu pekat ¾ cawan krim putar 7 gm gelatin 4 sudu besar air   Cara menyediakan
  1. Kisar mangga sehingga menjadi puri.
  2. Cairkan gelatin dan campurkan ke dalam puri mangga. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  3. Pukul krim putar sehingga ringan dan gebu.
  4. Masukkan puri mangga ke dalam adunan krim putar. Gaul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam gelas untuk menghidang.
   

Mango Mousse enak dihidang sejuk dan segar.