Libur – 6 Perkara Perlu Cuba di Brunei
Kediaman – Idealisme Tropika Nusa Indah Bina
Seni Bina – Perpustakaan Futuristik di China
Destinasi – Vitra Memilih Kuala Lumpur Sebagai Destinasi Kedua Jajahan Asia Tenggara
Destinasi – Ruang Lokal The LINC KL
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Resipi Kek Musang King Shiok!

Resipi Kek Musang King Shiok!

Studio10070

Gambar : KK Yong Arahan Seni : Afiq Khairudin

Resipi istimewa oleh DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur Bahan – bahan Asas Biskut 200 gm biskut coklat cip DoubleTree 25 gm mentega dicairkan   Kek Keju Soufflé Durian 150 gm krim keju 75 gm telur kuning 40 gm mentega 3 nos telur putih (untuk meringue) 45 gm gula (untuk meringue) 25 gm tepung kek 15 gm tepung jagung 100 gm isi durian   Kek Span Kopi 200 gm campuran kek span 4 nos telur 60 gm minyak jagung 60 gm air 5 gm serbuk Nescafe   Mousse Durian 500 gm isi durian Musang King 150 gm sirap gula melaka 1 nos telur 350 gm krim putar 15 gm gelatin (dilembutkan menggunakan 75 ml air)     Profiterole 500 ml susu penuh krim 250 gm mentega 5 gm garam 10 gm gula 300 gm tepung 7 nos telur   Kastad Durian untuk Profiterole 250 gm krim pastri 150 gm isi durian     Salted Caramel Butter Cream (aising kek) 500 gm mentega 250 gm gula 63 ml air 120 gm telur putih 100 gm salted caramel   Cara menyediakan Asas Biskut
  1. Satukan biskut coklat cip DoubleTree yang dihancurkan bersama mentega cair.
  2. Masukkan adunan biskut ke dalam acuan tin kek bersaiz 8 inci dan ratakan. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  Kek Keju Soufflé Durian
  1. Pukul krim keju bersama krim putar di dalam bain marie. Masukkan telur kuning dan gaul sebati. Tambahkan mentega ke dalam adunan dan ketepikan.
  2. Pukul bahan-bahan meringue; telur putih bersama gula sehingga adunan meringue terbentuk.
  3. Satukan adunan meringue bersama adunan krim keju tadi. Kemudian, masukkan tepung kek dan tepung jagung ke dalam adunan.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan tin kek dan kukus pada suhu 160 darjah selsius selama 45 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  Kek Span Kopi
  1. Pukul telur bersama air dan campuran kek span sehingga mencapai peringkat riben.
  2. Campurkan minyak jagung bersama serbuk Nescafe dan tuangkan ke dalam adunan kek span. Gaul sebati.
  3. Bakar kek pada suhu 180 darjah selsius selama 8 minit.
  Mousse Durian
  1. Pukul telur. Panaskan gula melaka dan tuangkan adunan telur tadi. Teruskan mengacau.
  2. Satukan gelatin yang telah lembut bersama isi durian Musang King.
  3. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian tadi.
  Profiterole
  1. Didihkan susu, air, garam, gula dan mentega di dalam periuk.
  2. Apabila adunan mendidih, masukkan tepung dan kacau sebati. Ketepikan. Masukkan adunan susu ke dalam mangkuk mesin pemukul.
  3. Kemudian, masukkan telur satu per satu ke dalam adunan dan pukul adunan sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam beg piping dan pipe pes adunan berbentuk bulat di atas dulang pembakar.
  5. Bakar profiterole pada suhu 200 darjah selsius selama 20 hingga 25 minit bergantung saiz profiterole.
  Kastad Durian untuk Profiterole
  1.  Satukan kesemua bahan dan kacau sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam beg piping dan pipe ke dalam profiterole yang telah siap dimasak.
  Salted Caramel Butter Cream (aising kek)
  1. Untuk menyediakan salted caramel, cairkan 150 gm gula aising di dalam kuali. Apabila gula cair dan keperangan, tambahkan 75 gm mentega dan garam laut secukup rasa. Ketepikan.
  2. Pukul telur putih.
  3. Didihkan air dan gula sehingga mencapai suhu 118 darjah selsius.
  4. Tuangkan sirap ke dalam adunan telur putih dan gaul sebati.
  5. Kemudian, tuangkan adunan caramel ke dalam adunan telur tadi dan gaul sebati.