Retorik: Who’s The Real Fashion Victim?- oleh Mahani Awang (Bahagian 2)
sambungan dari bahagian 1
Banyak gedung jenama street wear seperti H&M, Top Shop, Primark, Zara, MNG, Guess? mengeksploitasi apa yang telah di usahakan oleh jenama gah dengan menghasilkan copy pada harga yang jauh lebih murah. Contohnya gaya jaket Versace terkini yang baru anda lihat diperagakan pada satu pertunjukan berharga RM2,800 di butik boleh dapat gaya yang sama pada harga RM249 di Zara atau MNG sementara di Primark mungkin hanya RM59.90.
Hari ini, siapa yang memakainya menjadi keutamaan dan dia dikira berkuasa untuk melonjakkan sesuatu gaya: Beyonce, ahli keluarga Kardashians, Kanye, Rihanna atau kerabat diraja seperti Kate Middleton menjuruskan arus fesyen dunia kita. Apa yang mereka pakai di Golden Globe Awards atau di luar Buckingham Palace hari ini akan menjadi trend esok.
Apakah maknanya semua fakta di atas kepada industri fesyen hari ini? Ia boleh memaknakan pelbagai. Benak anda mungkin sudahpun terkocak dan pelbagai soalan boleh muncul. Tapi who is the real fashion victim di sini? Ini satu kisah yang patut kita semua selami dan fahami betul-betul. Read on…
The Real Fashion Victim Satu kajian dan siasatan dibuat ke atas sebuah gedung pengeluar produk fesyen mass terkemuka barat yang menghasilkan produk hebat, pada harga amat murah dengan kualiti yang sederhana sebenarnya tidaklah sebegitu hebat sekiranya anda tahu betapa ‘kejam’ proses penghasilannya.
Selain membuat ribuan masyarakat tempatan berkhemah dan tidur di luar premis mereka beberapa hari sebelum setiap jualan penghabisan stok atau pelancaran produk baru, proses pembuatan produknya di kilang sungguh diluar jangkaan dan tidak berperikemanusiaan. Malah kempen mesra alam yang mereka hebahkan juga sekadar drama yang mereka cipta demi menutup dan mengalihkan fokus masyarakat yang semua itu seolah-olah satu usaha yang sangat murni.
Gedung ini tidak memerlukan selebriti untuk melonjakkan setiap produk mereka, sebaliknya kehebatan produksi, kualiti dan harga yang di luar jangkaan murahnya itulah yang telah menjadi buah mulut serta melonjakkan jualan. Bagaimana tidak jika sehelai jaket trend terkini boleh anda miliki pada harga RM35 dan sehelai tali leher hanya RM13.00 setelah ditukar nilai. Dengan keuntungan £185 milion setahun tentulah mereka sanggup lakukan apa sahaja demi menghasilkan produk trendy dan murah.
Harga yang terlalu murah itu juga telah membuat aktivis kempen War On Want, sebuah organisasi terhormat antarabangsa yang punya misi melobi kerajaan dan bekerjasama dengan agensi antarabangsa bagi mengatasi kemiskinan global, berpendapat jenama tersebut telah mengeksploitasikan ribuan buruh kilang dengan memeras
keringat mereka.
Tahukah anda hampir semua produk yang anda pakai adalah hasil kerja dan keringat wanita daripada negara mundur seperti Vietnam, Cambodia atau dalam kajian ini ia di Dhaka ibu negeri Bangladesh. War On Want pernah membuat interview dengan puluhan pekerja secara sulit tentang persekitaran dan suasana kerja mereka dan hasil yang mereka perolehi sungguh mengejutkan.
Kebanyakan wanita yang bekerja di kilang-kilang mereka berusia daripada 15 – 25 tahun dan mereka hanya dibayar lebih kurang RM40 sebulan yang mana adalah tidak sampai satu pertiga daripada gaji bulanan paling minumum di negara tersebut malah terpaksa bekerja 90 jam seminggu tanpa cuti.
Pelbagai usaha dianjurkan namun hingga ke hari ini tiada apa yang dilakukan bagi mengubah keadaan tempat kerja dan kebajikan pekerja. Sebaliknya selera masyarakat fesyen yang ketagih fesyen murah terus meningkat. Walaupun beberapa usaha dibuat bagi menyedarkan para pekerja tentang hak mereka, semua itu tidak berhasil kerana kemiskinan, keperitan hidup dan untuk menyara keluarga, membuat mereka sanggup diperlakukan apa saja.
Lebih pedih dan memilukan ialah kisah lebih 100 orang pekerja di Bangladesh yang mati dalam satu kebakaran kilang pakaian beberapa tahun lalu. Pemilik kilang mengunci pekerja dari luar bagi mengelakkan pekerja lari. Oleh kerana jalan keluar kecemasan juga dikunci ketika itu, membuat mereka terperangkap dan terbakar hangus hidup-hidup.
Ini adalah di antara beberapa kejadian memilukan yang mungkin membuat kita terfikir-fikir kala membeli produk fesyen di masa akan datang. Namun tindakan perlu rasional, kerana bukan semua pengeluar bersikap rakus tanpa sifat kemanusian. Malah sebuah beg Birkin yang anda beli secara ikhlas mungkin mampu meningkatkan nilai estetik seni itu sendiri di samping boleh membayar gaji tukang kulit secara lumayan serta menjamin pengurangan eksploitasi tenaga kerja buruh juga pakar seni di masa akan datang.
You’ve heard, you may have seen and you very well know… so what do you do? Tepuk dada tanya selera, segalanya di tangan anda.
MAHANI AWANG adalah Pengarah Urusan MSP communications Sdn.Bhd, Presiden Bumiputra Designers Associations (BDA) dan juga Presiden WARISTA. Mahani juga adalah bekas editor majalah Rias. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Ungu Warna Terbaik Pengaruhi Rutin Seks
BY Wan Firdaus
Apr 16, 2020
Retorik: Belenggu Budaya Menghukum dan Membenci
BY Fara Adilla
Apr 16, 2020
Retorik: Industri Fesyen Lokal dan Masa Depannya
BY Fara Adilla
Apr 02, 2020
Pregnancy Sex: Is It Safe?
BY Wan Firdaus
Mar 27, 2020
Retorik: Tekanan Media Sosial Membawa Kepada Kemur...
BY Fara Adilla
Mar 25, 2020
Retorik – Membunuh Kebahagiaan Dalam Diam
BY Fara Adilla
Mar 20, 2020
Checklist Seks ‘Before & After’- Bahagian...
BY Wan Firdaus
Mar 17, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

