Ritual Mandi Yang Menyeronokkan Dengan Sabun Bar Aesop
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Aug 18, 2023
Mandi dan terapi dalam masa yang sama? Alami ritual mandi yang terapuetik dan menyeronokkan dengan tiga bar sabun baharu Aesop. Aromatik yang unik dan menyenangkan untuk anda rasai!
Aesop ditubuhkan di Melbourne sejak 1987 lagi dan rangkaian produk ini merangkumi produk kulit, rambut dan badan serta bahan wangi untuk aksesori diri dan rumah. Kini, produk penjagaan diri ini mengumumkan sabun bar baharu mereka. Koleksi berbusa untuk membersih, menyegar dan memberi bau aroma yang terapuetik, seolah-olah anda memanjakan diri seperti pergi ke spa!
Rangkaian sabun bar Aesop memberikan penjagaan kepada kulit dalam bentuk kepingan sabun. Dinamakan Refresh, Polish dan Nurture, ketiga-tiga sabun bar ini memberikan pembersihan yang berkesan dan wangi mengikut aromatik masing-masing. Perincian terhadap formulasinya yang juga merangkumi penghidratan terhadap kulit menjadikan sabun bar ini wajib untuk dicuba.
Pembersih Refresh Bar Soap membersih dengan efektif dan lembut tanpa mengeringkan kulit. Ianya berfungsi seperti buih berkrim, sesuai untuk kebanyakan jenis kulit. Dicipta dengan adunan Lime, Bergamot Rind dan Ylang Ylang yang memberikan aroma sitrus, bunga dan rasa fresh. Jika anda nak tahu, Ylang Ylang dan gabungan bahan-bahan dalam sabun bar ini, mampu untuk melegakan rasa stress dan beri relaxation pada badan.
“A gentle exfoliation bar” adalah cara yang paling sesuai untuk menghuraikan produk daripada Aesop ini. Polish Bar Soap pula mempunyai ciri hijau, camphoraceous. Kombinasi gabungan biji anggur dan batu apung yang dikisar halus, serta dicampur dengan daun Sage, jarum Pine dan putik cengkih. Ianya sesuai untuk kebanyakan jenis kulit, terutama untuk kulit yang kering atau bertompok.
Tate McRae Membintangi Kempen “Peptide Lip Shape” Baharu Rhode
5 Wangian Floral Pilihan GLAM
Anna Jobling Dan Selebriti Dengan Solekan Paling Menawan Minggu Ini
Rahsia Minyak Muka The Body Shop Oils of Life
Koleksi ColourRocker oleh M.A.C Mewarnai Bibir Anda Dengan 28 Warna
Gaya Rambut Baru di Oscar
Jika anda peminat bau-bauan herba yang menyenangkan, Nurture Bar Soap adalah pilihannya! Bukan sekadar pembersih yang lembut dan berkesan, aromatiknya memang padu sekali. Gabungan bahan daun Rosemary, cedar Atlas dan batang Lavender, meninggalkan aroma berkayu dan bau herba pada kulit. Anda pasti akan menikmati pengalaman mandi yang nyaman.
Rangkaian sabun Aesop sesuai dijadikan sebagai pembersih harian atau dibawa bersama ketika pergi melancong. Ketiga-tiga sabun bar Aesop ini adalah vegan dan cruelty-free. Jadi, anda tidak perlu risau dan rasai lah ritual mandi yang menyeronokkan dengan penuh aromatik pilihan anda sendiri!
3 Sabun Bar Aesop Baharu Yang Beraromatik
Refresh Bar Soap

Foto: Aesop
Polish Bar Soap

Foto: Aesop
Nurture Bar Soap

Foto: Aesop
See Also
Perbezaan Sabun Badan Jenis Buku, Gel dan Cecair
Kesemua jenis sabun memang berfungsi sebagai pembersih tubuh yang perlu diguna pakai setiap hari. Namun, antara tiga jenis sabun iaitu buku, gel dan cecair, mana yang lebih baik? Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza mengikut jenis kulit dan tempat tinggal. Jom kita kupaskan lagi perbezaan setiap jenis sabun ini. 1. Sabun Buku Sabun buku adalah sabun yang cepat berbuih dan mudah untuk dibilas. Ianya pembersih paling kuat berbanding gel atau cecair kerana mampu mengubah tingkat pH kulit sehingga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. Namun, jika anda mempunyai kulit badan yang berminyak dan tinggal di kawasan yang panas, sabun buku merupakan pilihan yang terbaik. 2. Sabun Gel Pembersih badan jenis gel juga sesuai buat kulit yang berminyak dan tinggal di kawasan panas, tetapi ianya lebih lembut berbanding sabun buku. Konsistensi sabun gel adalah lebih pekat dan mengandungi wangian pelbagai jenis bau. Kelebihan sabun jenis gel pula adalah lebih senang untuk dibawa ke mana saja, tidak seperti sabun buku. 3. Sabun Cecair Sabun jenis cecair boleh dikategorikan sabun yang paling menghidratkan dan hebat dalam mengekalkan kelembapan pada kulit. Teksturnya yang lebih ringan, sesuai buat kulit yang lebih sensitif. Artikel Berkaitan: Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit AsiaAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
