Loading media...

Unable to load content
Palet – Trivia Warna Natural Coral
Rekaan Hebat – Epitome Rekaan
Trend – Edisi Terhad Smeg x Mickey Mouse
GLAM Deko Libur – Dunia Mewah Conrad
Kediaman – Idealisme Tropika Nusa Indah Bina
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Ruang – Cara Mudah Ubah Suai Dapur

Ruang – Cara Mudah Ubah Suai Dapur

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dapur adalah jantung rumah anda. Ia boleh menjadi ruangan dengan pelbagai fungsi sama ada persiapan memasak, menjadi titik pertemuan perjumpaan keluarga serta ruang yang selesa untuk menjamu tetamu yang hadir ke rumah. Jika anda mencari langkah mudah untuk mengubah suai dapur, Cosentino berkongsi tip untuk mendapatkan rupa baru untuk dapur anda.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tambah Sentuhan Alam

Ramai yang lupa tentang alam semula jadi apabila mengubah hiasan dalaman pada kediaman. Tanpa kehijauan, kediaman akan menjadi sedikit suram terutamanya di ruangan dapur yang memerlukan fresh hint of wildness. Pasu kaca minimalis yang dipenuhi bunga-bunga segar mampu memberikan perbezaan besar di kediaman anda. Cukup dengan hanya meletakkan pokok lidah buaya, parsley atau basil di penjuru kaunter dapur dan akan segera melihat perubahan suasana menjadi lebih baik.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse