Pelaburan Bijak
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
GLAM Deko Diari – Tip Memilih, Penjagaan dan Pelupusan Peranti Digital
Palet – Trivia Warna Bayu Biru
Seni Bina Marina Bay Sands
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Trend – Persiapan Menjelang Raya KARE

Trend – Persiapan Menjelang Raya KARE

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
Syawal bakal menjelang, pastinya ramai yang sibuk  mempersiapkan kediaman untuk tampil lebih bergaya, elegan dan glamor buat meraikan tetamu yang datang berkunjung. Tak kiralah persiapan bermula hanya mahu menukar sofa atau perabot baru, menambah aksesori dan perhiasan seperti pasu, dulang mahupun mencipta konsep baru untuk nafas baru, anda boleh realisasikannya.     KARE, wujud selama tiga dekad dalam industri reka bentuk mempersembahkan idea reka bentuk perabot, aksesori dan koleksi rekaan lain bersifat sensual, unik dan autentik. Jenama ini diasaskan oleh Jürgen Reiter dan Peter Schönhofen yang bertanggungjawab mengenai identiti reka bentuk dan pemasaran KARE. Cerminan karakter kehidupan menjadi paksi pegangan koleksi rekaan KARE.   Anda boleh memilih dari lebih 5, 000 item dekor terdiri daripada perabot, aksesori perhiasan dan pencahayaan untuk menghiasi kediaman impian. KARE mengeluarkan sekitar 1, 000 produk baru pada setiap musim agar tidak dimamah trend dan kekal relevan.
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse