5 Perkara Perlu Dielakkan Apabila Menghias Ruang Tamu
Diari Deko – Ruang Pamer Kedua King Living di Bangsar
Ruang – Rekaan Dapur Moden
Rekaan Hebat – Epitome Rekaan
#StayHomeWithGD – 101 Tip & Trik Dekorasi

Ruang – Pilihan Kuasa Warna Untuk Kediaman

Gandingan serasi warna-warna berlawanan spektrum mencipta ruang tamu kediaman elegan dan berseri. Simbahan nada warna lebih tenang dan selesa seperti ungu, nude, merah terracotta dan biru cobalt bisa menjadi inspirasi pilihan warna buat kediaman anda. 

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
SEMANGAT PENGEMBARA Spektrum palet The Wanderer atau si pengembara tergolong dalam warna tanah diselangi percikan biru mendalam. Merah tanah liat, coklat gelap (kayu oak), coklat karamel dan oren dilihat mampu mencipta paduan serasi mencipta satu ruang di kediaman yang selesa dan bersifat homey. Pemilihan fabrik bercetak geometri atau etnik Afrika melengkapkan rupa yang ingin dibina. Fabrik linen dan kapas sebagai alas kusyen, kemasan sofa dan langsir pilihan ideal.

“Merah terra cotta, coklat karamel, cengkih dan oren terang membias peribadi berani.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse