Percaya atau tidak, semakin besar rumah, semakin banyak ruang storan yang diperlukan. Apa yang perlu adalah make it work dengan apa jua ruang dan reka pelan sedia ada. Hapuskan segala alasan di minda! Inspirasi, idea bernas, bijak mengatur dan guna pakai ruang sepenuhnya adalah kunci kepada penyelesaian permasalahan ruang simpan yang sentiasa tidak pernah cukup. Lihat idea dan tip berguna patut cuba untuk setiap ruang penting di kediaman.
Binaan kabinet bawah sinki memberi ruang simpanan kepada barangan mandian, detergen, stok tisu dan berusi pencuci. Boleh juga memilih kepada aksesori cermin bersekali kabinet yang digantung di atas sinki. Ruangan kabinet boleh dipenuhi barangan seperti stok ubat gigi, kapas pencuci muka dan ubat-ubatan.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

