Percaya atau tidak, semakin besar rumah, semakin banyak ruang storan yang diperlukan. Apa yang perlu adalah make it work dengan apa jua ruang dan reka pelan sedia ada. Hapuskan segala alasan di minda! Inspirasi, idea bernas, bijak mengatur dan guna pakai ruang sepenuhnya adalah kunci kepada penyelesaian permasalahan ruang simpan yang sentiasa tidak pernah cukup. Lihat idea dan tip berguna patut cuba untuk setiap ruang penting di kediaman.
RUANG MENCUCI BAJU/ LAUNDRY AREA
Ruang yang sering dipandang enteng walhal antara ruang paling aktif selepas dapur. Bina kabinet untuk menyimpan stok detergen. Sediakan tempat menggantung bagi helaian yang masih lembap. Sediakan juga ruang menggosok.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

