Sajian – Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa
Rimba & Rusa berada di bawah naungan Wondermilk, membawakan pengalaman gastronomi bergaya kasual santai. Kafe dibina berpaksikan material kayu dan besi dikepung kehijauan dedaun semula jadi perlambangan di sebalik nama Rimba. Dominasi warna putih dan biru tiffany menghidupkan unsur budaya pop fantasi. Di Rimba & Rusa, pengunjung dapat merasai hidangan menu moden Barat dan tempatan bermula dari sarapan, makan tengahari dan makan malam yang direnjis gabungan rasa Itali, Mediteranean dan Asia. Menu harus cuba Avocado Feta Toast, Soft Shell Crab Linguine, Rimba Salmon Assam Pedas dan pizza Sweet Potato. Rimba & Rusa beroperasi setiap hari di D-GF-01 Block D, Sunway Nexis. ilovewondermilk.com
Bahan – bahan
100 gm quinoa
50 gm mangga dipotong dadu
50 gm avokado dipotong dadu
30 gm tomato ceri dipotong separuh
30 gm timun dibuang biji
30 gm kacang pea
20 gm vinaigrette
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Cara menyediakan
- Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Masukkan vinaigrette, garam dan lada hitam.
- Hiaskan dengan hirisan lobak atau sayuran lain.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
