GLAM DEKO Jun/Julai 2014
Gabungan Seni Bina Kontemporari Dan Reka Bentuk Dalaman Pantai Yang Memukau
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
5 Ilham Dekorasi Untuk Ruang Tamu Lebih Luas. Ini Rahsianya!
Lokasi Sebenar Yang Menjadi Inspirasi Buat Lukisan Terkenal
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Sajian – Resipi Pasta Pepperoni Daging dan Tomato Berkrim

Sajian – Resipi Pasta Pepperoni Daging dan Tomato Berkrim

Hidangan berasaskan pasta adalah sajian paling mudah untuk disediakan buat seisi keluarga. Ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh dimasak dalam satu periuk sahaja serta lengkap dengan pelbagai nutrisi. Jika anda tidak mahu mengemas selepas memasak, boleh cuba resipi mudah pasta pepperoni Daging dan Tomato Berkrim ini.

Bahan – bahan 200 gm pasta spiral 1.5 cawan stok daging 1 biji bawang besar dihiris nipis 6 biji bawang putih dihiris nipis 1 bunjut garni (campuran herba parsli, thyme, daun salam) 50 gm kepingan daging pepperoni 2 sudu besar pes tomato 1 tin tomato cincang 2 tangkai daun basil 2 sudu besar minyak zaitun Garam dan lada hitam secukup rasa 100 ml krim memasak (cooking cream) Keju parmesan Cara menyediakan
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali krim memasak dan keju parmesan ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
  2. Kacau pasta agar tidak melekat.
  3. Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente dan kuah memekat.
  4. Kemudian, masukkan krim memasak dan kacau sehingga sebati.
  5. Keluarkan bunjut garni dan tangkai daun selasih.
  6. Taburkan daun selasih bersama keju parmesan untuk menghidang.