SANDRO Merai Kempen Musim Luruh/Sejuk 2022: BELIEVE
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioKempen rumah fesyen SANDRO yang baharu bertunjangkan erti kata BELIEVE yakni kebolehan bermimpi yang ada pada setiap individu cukup memberi aspirasi kepada wanita hari ini.
Bercerita mengenai kekuatan dan keyakinan sekumpulan wanita yang mahu merealisasikan impian mereka – kempen terkini SANDRO iaitu BELIEVE berkisar tentangnya. Kita sudah terbiasa menginginkan sesuatu dan selalunya melahirkan konstruktif kolektif daripada lukisan kepada prototaip, wanita SANDRO membayangkan setiap detil langsung memberi kehidupan kepada bayangan kejayaan yang bakal tiba.If you have an idea, And you really feel in your gut that it’s good, Don’t let anyone tell you otherwise, If it’s something that means something to you, you must do it! Because when you are doing what you truly love, And something you really believe in, That’s when you do your best work, That’s when you can show the world what you’ve got!

Jane menggayakan gaun cetakan bunga; beg tangan metalik. Alicia memakai blazer cetak; kemeja jalur; skirt kulit. Datin Elvina menggayakan kot pendek; kemeja bermotif bunga; seluar straight-leg.
“I believe that everyone is progressing in their own timeline. Some may take longer to reach their goals but that doesn’t matter. What matter the most is to believe that we eventually get there when we believe in ourselves.” – Jane Chuck

Jane menyarung kot checked; trucker-neck sweater; skirt berjurai; tali pinggang dengan lelubang berbatu; but kulit dan beg tote tweed.

Alicia memakai varsity jaket; top halter; seluar lebar; but dan beg tote kulit.
“Saya gemarkan quote yang dikongsi SANDRO – The road is full of challenges, but it is also rich in learnings. Tidak asing untuk saya kerana setiap hari adalah hari baru untuk saya bermimpi dan mengejar impian adalah satu perkara yang tidak pernah terhenti. Dreams are nothing without hard work.” – Alicia Amin

Datin Elvina memakai jaket cropped tweed; seluar pendek high-waisted tweed; dan beg tote berfabrik jacquard.
“Remember if you play small, you stay small. It’s okay to wan’t more. Do more. Be more.” – Datin Elvina MohamadWanita SANDRO mengambil inspirasi dari gaya dahulu kala yang mana mereka masih memilih untuk mempergayakan look ala preppy iaitu bersama helaian jumpers, flowing dresses dan moccasins yang merupakan sebahagian daripada identitinya. Seperti Datin Elvina Mohamad yang suka bereksperimen dengan pakaian dan kombinasi aksesori kala menggayakan pakaian bercorak tweed atau houndstooth serta mengagumi bon twist bon genre. Walaupun memilih potongan dan fabrik pilihan lelaki, dia tidak lupa untuk menonjolkan sisi feminin berinspirasikan pakaian sukan atau bersantai dengan baju polo berkolar kontras memancarkan gaya nostalgia 80-an. Bukan itu sahaja, wanita SANDRO juga selesa menyerlahkan gaya teddy dengan skirt berlipat dan semestinya dilapisi jaket di bahagian bahu seperti lagak gaya Britney! SANDRO membawakan anda Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2022 yang dipilih dan direka dengan teliti. Kunjungi outlet SANDRO di Lot 122 & 123, Level 1, Suria KLCC atau hubungi +60-3-2181 7437 untuk kemas kini gaya fesyen terkini!
PENGARAH KREATIF: Nisa’ Halid PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL: Amira Azman PENATA GAYA: Muzammin Muzlan DIBANTU OLEH: Ameerul Hamzah & Erdina Noor Aleeya GAMBAR: Aaron @ Lenswork SOLEKAN: KF Bong DANDANAN: Ckay Liow LOKASI: ELSE Hotel, Kuala Lumpur
Pautan berkaitan: 5 Inspirasi Kuku Cantik Boleh Anda Gayakan Bulan IniAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
