Aksi Putera George di Majlis Pembaptisan Puteri Charlotte
The Revenant Menang Besar di Anugerah BAFTA 2016
Pusat Peranginan Berkonsepkan Istana
Snapchat Selebriti Tempatan
Undangan Penuh Seni KAMI Design
Home > GLAM Life > Sarapan Sihat Dengan Avocado Egg

Sarapan Sihat Dengan Avocado Egg

avocadoeggGambar: Build A Menu

  Inginkan kelainan dalam menu sarapan anda? GLAM titipkan hidangan sihat lagi mudah disediakan iaitu avokado bersama telur. Telur yang dimasak bersama avokado tentunya akan membangkitkan lagi selera di waktu pagi! Avokado sememangnya dikenali sebagai buahan berkhasiat yang mampu merendahkan kolestrol dalam badan serta menghalang sakit jantung. Telur pula mengandungi pelbagai nutrisi yang amat bermanfaat untuk diri.   Cara penyediaan:   1. Masukkan piring dalam ketuhar dan panaskan hingga 425 darjah. 2. Potong avokado sehingga menjadi dua belah, kemudian alihkan biji. 3. Letakkan avokado di piring yang dipanaskan tadi, pecahkan telur di ruang biji avokado. 4. Letakkan topping pilihan (lada hitam, cili dan sebagainya). 5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar. Kadar masak telur mengikut pilihan anda.