Related Stories
Produk kecantikan dengan kandungan wangian juga boleh menyebabkan alahan. So, take note people!
Kulit sensitif
Banyak jenama kini beralih kepada pengeluaran produk tanpa pewangi kerana adakalanya ia sensitif pada kulit. Ramai mungkin tidak sedar yang mereka alah terhadap pewangi. Namun jika anda di dalam golongan yang mengklasifikasikan kulit anda sebagai sensitif, anda pasti terkejut jika mendapati bahawa pewangi di dalam losen itulah yang menyebabkan tindak balas sensitif dari kulit anda.
Punca alahan dan keradangan
Rata-rata pakar dermatologi kosmetik mengatakan bahawa punca utama alahan pada kulit adalah produk kosmetik itu sendiri. Lebih 5,000 sebatian pewangi sintetik digunakan di dalam industri kecantikan. Kebanyakan bahan aktif di dalam produk yang bertujuan mengawal pigmentasi dan minyak di wajah berpotensi untuk menyebabkan keradangan. Justeru, anda disyorkan untuk mengelak daripada menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi pewangi.
Bertukar ke produk tanpa pewangi
Bayangkan berapa banyak produk yang anda gunakan setiap hari dan kesemuanya memiliki haruman tersendiri dan seakan berlumba-lumba untuk mendapatkan perhatian deria bau anda. Kajian mendapati 28 peratus daripada orang ramai lebih memilih produk penjagaan kulit tanpa pewangi.
Tiada fungsi utama
Pewangi kebiasaannya dicampur ke dalam produk kecantikan untuk menutup bau bahan natural yang kurang menyenangkan disamping menarik orang ramai menggunakannya. Walaupun pewangi digunakan untuk memberikan kepuasan bauan terhadap penggunaan sesuatu produk, namun ianya tidak mempunyai sebarang fungsi lain dan hanya akan menyebabkan keradangan kulit, alahan, gatal dan bengkak pada wajah.
Periksa Senarai Kandungan
Periksa senarai bahan kandungan setiap produk dengan teliti! Walaupun produk itu tidak berbau, ia masih mengandungi pewangi jika terdapat perkataan ‘parfum’ di dalam senarai bahan-bahan. Ya, mungkin bahan yang digunakan bersifat natural, tetapi kebanyakan minyak pati mengandungi komponen yang sama seperti pewangi sintetik yang boleh menyebabkan alahan.
Produk natural atau organik?
Walaupun bersifat natural atau organik, belum tentu produk tersebut baik untuk kulit anda. Banyak bahan natural yang boleh mendatangkan masalah kepada kulit dan kebanyakannya adalah bahan wangian. Bukan mudah mencari produk penjagaan kulit tanpa wangian kerana pilihan yang sangat terhad. Usah gusar, kini sudah berderet produk organik dan asli di pasaran. Buat kajian terlebih dahulu dan bertanya kepada pakar untuk mendapatkan produk terbaik sekali gus dapat mengelak daripada masalah kulit sensitif.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
