Loading media...

Unable to load content
Rawat Bibir Kering Bersama ROUGE COCO BAUME
Detoks Secara Semula Jadi, Ini 8 Caranya
Rahsia ‘Messy Bun’ Bergaya: Tips Dandanan Rambut Yang Memukau!
Ini Cara Mudah Atasi Rambut Bercabang
Sejenak Bersama Adriana Adnan
Home > Cantik > Second Skin Effect di Gucci Beauty

Second Skin Effect di Gucci Beauty

Bersifat individualis. Rumah Gucci Beauty melancarkan foundation terbaru, Fluide De Beauté Fini Naturel. Penantian berakhir jua!

Gambar Gucci Beauty

Sebagai penambah kelengkapan barangan solek, Alessandro Michele memperkenalkan koleksi terbaru iaitu Fluide De Beauté Fini Naturel, bedak asas yang diformulasikan khas untuk semua jenis kulit dan bersifat diversity tanpa mengira jantina. 

Penyamar cela penuh efektik dan kemas. Foundation ini dikatakan membaikpulih kulit wajah kurang sempurna hanya dengan secalit pada kulit wajah, terus terserlah kecantikan semula jadi anda. Fluide De Beauté Fini Naturel mewah dengan tekstur lightweight melitupi kulit secara menyeluruh sepanjang hari. 

Formula unik yang disifatkan sebagai ‘buildable’ dan tahan lama ini menawarkan hasil liputan cukup mengagumkan. Ia turut meninggalkan kesan tidak berminyak dan mudah diaplikasi dengan sekata sehingga ia mencipta gimik ‘Second Skin Effect’.  Bedak asas mewah dengan 25 warna mengikut kesesuaian warna kulit.  

Lebih lengkap jika anda gabungkan bersama Sérum De Beauté Fluide Soyeux, turut sama dilancarkan sebagai pelengkap rutin solekan anda. Serum ini memberi kesan kulit segar dengan segera dan lembap. Di samping, mencipta efek soft glow. Sesuai digunakan sebelum foundation. 

Sérum De Beauté Fluide Soyeux, RM245 dan Fluide De Beauté Fini Naturel -Natural Finish Fluid Foundation, RM265. Gabungan duo eksklusif ini boleh didapati di butik Gucci Beauty, KLCC dan kaunter Sogo Southkey. 

Pautan berkaitan Ultra Glamor Bersama Gucci Beauty