Ashley Olsen Selamat Melahirkan Anak Pertama
Oscar 2021, Kejutan dan Sejarah Baharu
XO-Ice Aiskrim Diet Pilihan Team GLAM
Jennifer Garner Bakal Bergelar Isteri Sekali Lagi?
Hidangan Mewah Tahun Baru Di The RuMa Hotel and Residences

Segalanya Mengenai Teman Wanita Terbaru Harry Styles, Taylor Russell

Selepas berpisah dengan Olivia Wilde dan digosip bercinta dengan Emily Ratajkowski, Harry Styles kini menjalin hubungan dengan jelitawan Taylor Russell.

Pasangan itu mengesahkan percintaan mereka dengan menghadiri majlis perasmian teater The Effect bersama. Pementasan yang turut dibintangi Taylor Russell itu berlangsung di Teater Kebangsaan London baru-baru ini.

Kedua-duanya dilihat gembira dan tertawa kala meluang masa bersama. Malah aksi mereka berpegangan tangan dan berpelukan sempat dirakam paparazi.

Harry Styles Taylor Russell

Foto: Spiel Times

Ini fakta yang anda perlu tahu tentang Taylor Russell

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Merupakan Warga Kanada

Dia berasal dari Deep Cove, Vancouver di mana aktiviti zaman kanak-kanaknya adalah bermain di pantai dan menangkap ketam serta obor-obor. Keluarganya bergelut dengan kemiskinan dan mereka pernah berpindah sebanyak 16 kali demi kelangsungan kerjaya bapanya sebagai artis. Dia kemudiannya berpindah ke Los Angeles untuk mencapai cita-citanya sebagai anak seni.

Foto: Getty Images

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse