Kami Obses Dengan Gaya Baharu Michelle Obama!
Trend Cantik Pilihan Gen Z Viral di TikTok Wajib Anda Tahu
5 Krim Tabir Suria SPF 50 Sesuai Untuk Musim Panas
TWO L(I)PS WIPEOUT, Tisu Basah Untuk Bahagian Intim Anda!
Remedi Kecantikan Bahan Semula Jadi
Home > Cantik > Selebriti Dengan Rambut Rona Biru

Selebriti Dengan Rambut Rona Biru

Rambut rona biru dilihat menjadi gaya pilihan selebriti Hollywood kebelakangan ini. Hilary Duff membuat kejutan dengan mewarnakan rambutnya aqua-blue, diikuti Kylie Jenner dan terbaru, supermodel Jourdan Dunn.   1. Hilary Duff  

TV LAND presents the New York premiere of "YOUNGER" Gambar: TPGVIP

  Ini merupakan kali pertama penyanyi serta pelakon ini mencuba gaya rambut yang lebih fun. Menurutnya, inspirasi untuk mewarnakan rona rambut ini datang ketika dia bercuti bersama anaknya di lautan Mexico. Ternyata rona ini bersesuaian dengannya, she looks amazing!   2. Jourdan Dunn  

Jourdan DunnGambar: Instagram Jourdan Dunn

  Supermodel ini mewarnakan rambutnya biru untuk menghadiri festival muzik Coachella. Menerusi laman Instagram miliknya, dia memuat naik foto gaya rambut barunya dengan kapsyen “Coachella ready”.   3. Kylie Jenner  

KylieJennerGambar: Instagram Kylie Jenner

  Kylie Jenner turut menukar rona rambut biru membias gaya bebas kala menghadiri Coachella. Sebelum ini dia turut pernah mewarnakan rambutnya dengan rona yang sama.   4. Jared Leto  

JaredLetoGambar: Twitter David Ayer

  Rambut pendek kehijaun merupakan transformasi terkini pemenang Oscar ini. Pilihan rona rambutnya itu adalah bagi menyesuaikan dengan watak Joker dalam filem terbaru lakonannya.