Selebriti Wanita Cantik Gayakan Jersi Bola Sepak
Gaya pemakaian jersi bola sepak dalam kalangan wanita merupakan trend yang tidak pernah berakhir dalam dunia fesyen.
Selain dari Tenniscore yang dipopularkan oleh Zendaya, fenomena pemakaian jersi bola sepak merupakan salah satu estetika fesyen yang diminati gadis zaman kini. Trend ini dikenali sebagai ‘blokecore’ dan trend menjadikan jersi bola sepak sebagai satu gaya feminin telah diikuti oleh ikon-ikon fesyen seperti Bella Hadid dan Jennie Kim. GLAM akan berkongsi selebriti wanita yang nampak cantik menggayakan jersi bola sepak.
Bella Hadid
Antara gaya jersi bola sepak yang terbaru ialah Bella Hadid. Hadid sememangnya terkenal dengan keunikannya yang suka menggayakan jersi dengan item feminin seperti mini skirt dan kasut tumit tinggi. Pada 11 Julai yang lalu, Hadid terlihat menuju ke Times Square New York untuk kempen Adidas Original. Sehelai jersi vintage Adidas verona merah dan putih, seluar pendek Levi’s 501, stoking putih paras betis dan kasut sukan Adidas Originals SL 72 memberi sporty look kepada Hadid. Jersi hadid di tuck-in ke dalam seluar pendeknya dan dihiasi tali pinggang kulit berona hitam yang tebal. https://www.instagram.com/p/C9Y6lUGMGWO/?img_index=1Dua Lipa
Penyanyi pop terkenal Dua Lipa merupakan antara selebriti yang dari awal membawa gaya musim panas yang bersahaja, iaitu jersi bola sepak. Lipa sentiasa dilihat sebagai gadis musim panas yang rancak mengayakan jersi dengan penuh ceria. Antara gaya terbaru Lipa ialah jersi retro berona merah dan merah jambu. Yang uniknya, jersi ini bukanlah jersi dari mana-mana pasukan boleh sepak. Jersi ini merupakan salah satu dari merchandise album terbarunya, Radical Optimism. https://www.instagram.com/p/C8pntPYMIiu/?img_index=1Jennie Kim
Jennie Kim, ahli kumpulan wanita terkenal Korea Selatan pernah tular dengan gaya sporty dalam muzik video Pink Venom (2022) yang lalu. Dia memakai jersi Manchester United Teamgeist yang telah diubahsuai. BLINKS, peminat Blackpink yang peka sudah tentu menyedari bahawa jersi tersebut sangat unik, dengan perkataan “Born Pink” tercetak di atasnya. Born Pink merupakan album studio kedua Blackpink.
Kim Kardashian
Salah seorang dari adik-beradik ikonik Kardashian, Kim juga pernah kelihatan menggayakan gaya ini, atau dikenali sebagai blokecore oleh sesetengah penggemar fesyen. Kardashian telah dilihat mengenakan jersi bola sepak yang membawa estetika blokecore dan Europecore, dengan uniform A.S. Roma dari tahun 90-an dan Paris-Saint Germain dari tahun 2000-an. Nama Roma melonjak dengan 2.3 juta carian di seluruh dunia selepas Kim Kardashian muncul dengan jersi retro tersebut.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
