Related Stories
Home > GLAM Plus > GLAM Weddings > Solusi Terbaik Menguruskan Badan
Oleh YUSAIRI FITRI
Setiap wanita pasti mahu dilihat langsing dan seksi dihadapan bakal suami. Selami solusi terbaik menguruskan badan, sebulan menjelang hari bahagia.
SUSUN STRATEGI DIET
Rejim diet yang ketat bukan ukuran jalan keluar untuk mendapatkan tubuh yang ramping. Paling penting adalah memberikan perhatian kepada pola pemakanan dan membezakan seleksi menu yang memberikan nutrisi kepada badan. Fokus semestinya diberikan pada bukan hanya makanan yang mengenyangkan tetapi memberikan gizi. Ikuti langkah ini sebelum anda memulakan diet ekstrem.
Karbohidrat dalam menu
Diet yang sihat bukanlah diet yang menghalang fungsi nutrisi seperti karbohidrat ke dalam badan. Ini kerana kekurangan zat ini akan mengakibatkan konsentrasi minda menjadi lemah.
Makan tiga kali sehari
Usah melambatkan waktu makan! Patuh dengan masa makan dan sebaiknya tambah inti pati makanan yang berserat dan buah-buahan dalam menu.
Amalan berpuasa
Berpuasa sentiasa menjadi amalan terbaik buat bakal pengantin. Dengan kaedah ini, anda sebenarnya memberikan peluang kepada sistem pencernaan untuk melakukan aktiviti detoksifikasi secara menyeluruh yang akan merangsang sel-sel baru untuk menjadikan tubuh lebih segar dan wajah tampak berseri. Ingat, pengambilan makanan yang tinggi zat sewaktu berbuka amat digalakkan.
Kawal pengambilan lemak, makanan berkalori tinggi dan manisan
Makanan yang mempunyai lemak, berkalori tinggi serta manis mempunyai efek yang tidak baik untuk penampilan. Oleh itu, sebaiknya ambil makanan yang seimbang, berzat yang mampu memberikan anda tenaga.
Kurangkan lemak tubuh
Dalam mengejar diet ekstrem kadangkala anda keliru sama ada mengurangkan lemak atau otot badan. Cadangan GLAM dapatkan bantuan pakar kecergasan untuk memantau tahap kesihatan anda. Untuk perancangan jangka panjang, penurunan lemak memungkinkan proses kehamilan yang lebih cepat.
Tetapkan perancangan
Di saat anda nekad untuk berdiet, perkara utama adalah komited dengan perancangan yang telah digariskan. Tempoh yang singkat dan pelbagai aktiviti sering menjadi faktor utama perancangan diet gagal. Jika anda tidak ada masa untuk menyediakan makanan yang berkhasiat, dapatkan nasihat doktor dan pertimbangkan pengambilan suplemen tambahan sebagai alternatif.
KOMITMEN BERSENAM
Sekadar merancang untuk mendapatkan seri pengantin dengan berdiet tanpa bersenam tidak cukup. Apa sahaja diet yang dirancang perlu didukung bersama rutin senaman. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti senaman dapat mengurangkan stres, memperbaiki mood dan meningkatkan kualiti tidur. Faktor kesibukan masa dan jadual perancangan yang padat adalah musuh utama anda kala mengikuti pelan diet. Cadangan GLAM, ikuti tiga senaman yang paling asas untuk memudahkan rejim diet anda.
Berlari
Aktiviti berlari mungkin kelihatan mudah bagi anda tetapi usah memandang enteng dengan impaknya. Kuasai teknik HIIT (High Intensity Interval Training) iaitu kaedah senaman yang menggabungkan berlari dan berjalan secara gantian yang mampu meningkatkan metabolisme serta menjaga kalori yang dibakar. Lakukan teknik HIIT selama 10 sehingga 20 minit sebanyak dua atau tiga kali seminggu.
Impak: Teknik HIIT baik untuk menguatkan otot kaki dan mengurangkan lemak berlebihan pada bahagian perut dan menjaga tubuh supaya kekal langsing.
Fitness
Jika anda khuatir dengan komitmen anda untuk melakukan rutin kecergasan bersendirian, usah bimbang. Upah jurulatih kecergasan peribadi untuk membantu anda. Kongsi matlamat dan dapatkan pendapat pakar jenis-jenis teknik senaman yang sesuai mengikut tahap kecergasan dan kesihatan anda. Fokus kepada rutin senaman yang meliputi pengambilan nutrisi, kekuatan, core, keseimbangan dan ketangkasan. Analisis di peringkat awal penting untuk memastikan anda mendapat method yang betul.
Impak: Method fitness yang betul akan memudahkan anda mencapai sasaran yang tepat. Selain menjadikan tubuh anda lebih cergas ia turut meningkatkan metabolisme badan.
Variasi aerobik
Latihan berdansa, melompat tali atau berjalan cepat dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Selain itu, senaman pembentukan otot juga amat bermanfaat kerana ia membakar kalori dan menyingkirkan lemak degil. Pastikan anda melakukan senaman yang memberikan tumpuan pada bahagian perut dan otot pelvis. Tetapi ingat, jangan terlalu obses. Dengar isyarat badan anda, sekiranya mengalami sebarang kesakitan kala melakukan senaman, perkara terbaik adalah rujuk kepada pakar kecergasan.
Impak: Variasi pergerakan mampu memberikan impak pada kesemua anggota badan untuk bekerja dan membakar kalori. Selain membuatkan anda berpeluh, ia juga meningkatkan stamina dan sinergi dalaman yang menzahirkan luaran yang sempurna.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
GLAM Weddings: Kisah Cinta Sissy Imann Bermula Seb...
BY Farhana Fuad
Dec 13, 2025
GLAM Weddings: Erra Fazira Sah Bergelar Isteri, Ma...
BY Farhana Fuad
Dec 12, 2025
GLAM Weddings: Davika Hoorne Sah Bergelar Isteri K...
BY Farhana Fuad
Nov 10, 2025
GLAM Weddings: Simbolik Cinta Fattah Amin & Am...
BY Zahirah Zulkhairi
Oct 28, 2025
10 Hairstylist Selebriti Pilihan Pengantin 2025
BY Julia Azman
Sep 03, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

