Trend – Idea Metalik Untuk Ruang Kediaman
Pilihan Kertas Dinding Berpersonaliti
Palet-Trivia Warna Hijau Lumut
Sajian – Resipi Mudah One Pot Pasta – Pasta Ratatouille
Idea Penataan Gaya Bermain Pilihan Aksesori

#StayHomeWithGD – Resipi Sajian Kuih-Muih Klasik

Memasuki minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ramai yang sudah semakin buntu dengan menu makanan yang perlu disaji pada keluarga. Kebanyakan mula mencari resipi mudah di internet bagi menghabiskan masa malah ada juga yang semakin rajin menyediakan sajian minum petang buat seisi keluarga. Kali ini GLAM Deko kongsikan dua sajian kuih klasik yang boleh anda cuba untuk hidangan minum petang. Selamat mencuba!

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Talam Ubi Kayu Bahan – bahan Lapisan Bawah (Ubi Kayu) 4 cawan ubi kayu diparut dan dibuang air 1 ½ cawan air gula Melaka 1 cawan gula pasir 3 cawan santan cair   Lapisan Atas 4 cawan santan pekat 2 sudu kecil garam 1 ½ cawan tepung gandum   Cara menyediakan Lapisan Bawah (Ubi Kayu)
  1. Sediakan pengukus dan panaskan. Masukkan kesemua bahan kedalam loyang dan gaul sebati. Kukus selama 30 minit atau sehingga adunan ubi masak.
  2. Kemudian, keluarkan adunan dan gaul rata. Padatkan adunan ubi dalam loyang.
Lapisan Atas
  1. Gaul sebati kesemua bahan dan tapiskan adunan ke atas lapisan ubi tadi.
  2. Kukus selama 30 minit atau sehingga santan masak.
  3. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse