SZA Melancarkan Koleksi Lip Gloss Eksklusif Pilihannya
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioPenyanyi R&B terkenal, SZA, baru-baru ini mengumumkan pelancaran barisan lip gloss terbaru yang dipilih oleh beliau sendiri. Artis yang terkenal dengan album-album hit seperti “SOS” dan “Ctrl” ini kini meluaskan sayapnya ke dalam industri kecantikan dengan koleksi lip gloss yang unik dan peribadi.
Koleksi ini dijangka akan menampilkan pelbagai warna yang terinspirasi daripada estetik dan gaya SZA sendiri. Sebagai seorang yang dikenali dengan penampilan yang segar, lip gloss ini dipercayai akan menawarkan kilatan semula jadi dengan sentuhan warna yang halus, sesuai dengan imej bersahaja tetapi bergaya yang sering dipamerkan oleh SZA.
Menjelang jelajahnya bersama Kendrick Lamar, penyanyi itu mengumumkan jenama kecantikan baharunya, Not Beauty, yang akan dijual secara eksklusif di stor pop up semasa perhentian di Grand National Tour, Amerika Syarikat. Memperkenalkan tiga lip gloss khas, Not Beauty telah dalam berkerja selama bertahun-tahun. Dalam catatan Instagram, SZA berkongsi bahawa dia telah menguji formula secara rahsia sebelum pelancaran.
Foto: Getty Images
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
