GLAM Deko Diari – Pameran Seni Fotografi
Libur – Kembara Eksotika ke Sri Lanka
Kediaman – Pesona Feminin Elegan Suraya Yeop Jr.
Destinasi – Pakar Permukaan Alami
Sajian – Resipi Kek Kukus Thai
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Tips Dekorasi Dari Rizalman Ibrahim

Tips Dekorasi Dari Rizalman Ibrahim

Rizalman Ibrahim

  JENIS MINIMALIS KEMASAN LANTAI Ini adalah langkah pertama dan paling penting perlu diambil kira kala menghias kediaman. Cadangan saya, pilih kemasan jenis kayu, jubin atau marmar bermotif semulajadi; rona hitam, kelabu atau coklat gelap. Bagi ruang terhad, hamparkan permaidani bagi mewujudkan ilustri ruang.   PALET WARNA Jangan sesekali menggunakan warna pekat menyengat di kediaman. Prinsip saya ialah mengenakan warna paling gelap seperti kelabu, krim, biru firus, hijau dan kuning di ruang paling kecil, lalu memadankannya bersama aksesori sarat kaca dan kristal bagi menghidupkan sesebuah ruang. Manakala, palet lebih cerah untuk keluasan ruang lebih besar (konsep zen). Pilihan warna cat adalah cara paling mudah untuk mengubah wajah kediaman.   UKURAN TEPAT LANGSIR Langsir seharusnya digantung stinggi paras siling agar ilusi ruang tampil lebih luas. Pastikan tiada ruang kosong terbentuk antara railing and syiling.   KEMASAN LEMBUT Hadirkan kertas dinding sekurang-kurangnya di kamar beradu utama dan kamar beradu tetamu. Ini berkuasa mengalirkan aura malar segar di segenap ruang.   SUAI PADAN Zaman perabot jati berpadanan dinding putih polos sudah lama berlalu. Perabot tidak seharusnya membawa reka bentuk dan perwatakan serupa. Suai padan setiap item pilihan pada satu-satu ruang. Pastikan setiap balutan fabrik pada perabot tidak sama. Jika sofa sudah dibaluti bahan kulit padankan bersama bangku atau baldu dalam skim rona sama mahupun berbeza.