GLAM Deko Diari – Rona Musim Panas bersama Dulux dan Starbucks
Ruang – Ilham Dapur Moden Dan Praktikal
Trend – Rangkaian Home & Accessories Tiffany & Co.
Tip Menjaga Sinki
Interpretasi Kemewahan Versace Home
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Idealogi Dunia Fesyen kepada Seni Reka Bentuk Industri

Idealogi Dunia Fesyen kepada Seni Reka Bentuk Industri

Menempa nama di pentas peragaan, kini nama-nama besar industri fesyen mula mendominasi industri seni reka bentuk. GLAM Deko membariskan antara nama – nama gergasi dunia fesyen yang berjaya menguasai dunia seni reka bentuk industri.  

ORIENTAL-GARDEN_6Koleksi Oriental Garden untuk musim bunga/ panas 2016 daripada Missoni Home

  Missoni Home    Terkenal menerusi cetakan penuh grafik floral dan geometri; jejalur, kekotak dan chevron dalam nuansa pekat dan hangat. Missoni pernah meletuskan fenomena semulajadi menerusi koleksi Emme untuk kegunaan luar kediaman. Emme merangkumi perabot dempak yakni katil, sofa, otomen, bangku didatangkan bersama aksesori sepadan; bantal, poufs, gebar dan permaidani.  

fendi-casa-silk-road-musicboxRak berpintu dilitupi fabrik sutera di bahagian dalam oleh Fendi Casa

  Fendi Casa   Bernafas dalam pertembungan ritma kotemporari, moden dan klasik, Fendi Casa ingin kehidupan seharian ditafsir, dialami dan dilihat mengikut pembawakan arus jenama ini. Unit perabot; sofa, kerusi, poufs, meja konsul, katil, katil siang dan aksesori lain diterbitkan mengikut lawan arah prinsip konvensional. Aksesori tekstil, hiasan dan objek tunggal dicipta unik dan wajar. Kesemua rangkaian koleksi Fendi Casa menjalani proses pembuatan di Itali.  

Stampa di fax a pagina interaKenzo Maison banyak bermain warna – warna elegan berlatar polos untuk efek minimal elegan

  Kenzo Maison   Dijelmakan berbeza dari arus seni reka bentuk lain, Kenzo Maison tampil lebih jelas, gelap, malar segar dan bersimetri. Warna-warna kelabu oak, hitam, coklat dalam perincian samaada legap, krom dan lakuer mentakrifkan struktur meja kopi. Koleksi dipertingkatkan dengan butiran berharga pada perabot dan barang-barang pelengkap menjelmakan kesan purba masa depan.  

Bentley-Home-Collection-1Suite Bently di hotel St. Regis, New York

  Bentley Home   “Selama lebih 90 tahun, Bentley menghasilkan hiasan dalaman buat kereta buatan tangan terbaik dunia – kini kami bersedia membuat pendeketan sama untuk kediaman dan pejabat mewah,” beritahu Pengarah Produk dan Pemasaran Bentley Motors, Stefan Buescher. Bentley Home mencerminkan gaya asli elegan, prestij bercampur unsur tradisional dalam konteks kotemporari menerusi penggunaan bahan kulit, veneers, kayu, logam, keluli, sutera dan kaca. Bentley Home mempertingkatkan kediaman, pejabat, hotel, kapal layar dan jet peribadi bertepatan gaya hidup komersil hari ini.   sp13_home_leftbank_lp_gallery_14

Koleksi Left Bank, Ralph Lauren Home

  Ralph Lauren Home   Bermula daripada pereka tali leher, jenama Ralph Lauren berusia 40 tahun kini menakluki keseluruhan gaya hidup lantas mencipta “Industri Kehidupan.” Selalu menceduk idea dan inspirasi berpaksikan kembara dan penelitian, Lauren memperkenalkan koleksi Left Bank di bawah naungan Ralph Lauren Home. Berilhamkan warisan seni kota cinta, Paris, Left Bank merangkumi aksesori dan perabot kediaman – memaparkan gabungan kepelbagaian gaya kasar ekletik Perancis abad ke – 19 kemudian berkembang melihat revolusi logam direlui dan digilap yang menjadi fenomena pada awal abad ke – 20 (Machine Age).