Tiru Solekan Rihanna Di Super Bowl LVII
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioAkhirnya Rihanna muncul di pentas berprestij Super Bowl LVII. Persembahan bertenaga bintang ikonik ini diserikan dengan ilham solekan Fenty Beauty!
Fenty Beauty turut mengikuti perkembangan semasa dengan memperkenalkan koleksi khas menerusi Hyper-Limited Collection of Fenty Beauty sempena Apple Music Super Bowl Halftime Show di Super Bowl LVII. Seperti sedia maklum, Fenty Beauty sentiasa memberikan pengalaman baharu dalam dunia kosmetik. Oleh it, sempena meraikan hari penuh bersejarah ini, Fenty membawakan koleksi khas sebagai esensi kecantikan Super Bowl LV11 dengan rekaan logo NFL, pilihan warna baharu dan aksesori game-day istimewa.
https://www.instagram.com/reel/CoiHZxZjZ_I/?utm_source=ig_web_copy_linkApa yang menarik mengenai Fenty Beauty X NFL ini :
GLASS BOMB UNIVERSAL LIP LUMINIZER

Glass Bomb merupakan penggilat bibir paling laris di Fenty Beauty kini hadir dengan kod warna baharu iaitu Riri. Hanya boleh didapati dalam koleksi terhad Hyper. Warna Riri iaitu Mauve Nude bersinar menyerlahkan bibir Rihanna kala persembahannya. Dengan secalit kemas Glass Bomb ini, bibir akan kelihatan tebal dan mungil. Formulanya non-sticky mewah dengan ramuan shea butted dan aroma peach-vanilla.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
