Loading media...

Unable to load content
YSL Beauty Lancar LIBRE L’Eau Nue Wangian Bebas Alkohol Pertama
Kunyit: 1,001 Rahsia Kecantikan
Glam Sip ‘N Skin Bersama Duta Global Fenty Skin, Sean Garrette
5 Trend Kecantikan Minggu Fesyen Milan Musim Bunga/Panas 24
Kulit Berseri Dengan Loose Powder Terbaharu Dari DECORTÉ
Home > Cantik > Trend Kuku Quiet Luxury Pula Menjadi Pilihan

Trend Kuku Quiet Luxury Pula Menjadi Pilihan

Tiada lagi rias kuku yang meriah dengan warna pop! Wanita GLAM kini memilih warna pastel neutral.

Kuku Quiet Luxury

Konsep ‘Quiet Luxury’ ada di mana-mana sekarang. Awal tahun ini, kami melihat Gwyneth Paltrow menggayakan persalinan mewah tetapi tersembunyi di dalam bilik mahkamah. Hailey Bieber di Coachella dan Kylie Jenner juga tidak ketinggalan! Trend kuku juga tidak terkecuali terikut  trend fesyen yang sama. Mewah tetapi senyap!

https://www.instagram.com/p/Ct6yHXxLmQw/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Menurut perias kuku selebriti, Iram Shelton trend kuku Quiet Luxury semakin menjadi pilihan. Jika fesyen bermula dengan ultra-mewah, kuku pula bermula dengan ilham kuku micro-french, kuku Supermodel dan diikuti rias kuku lip gloss dan rias kuku blush. Di Korea, sentuhan rias kuku jenis gel ‘sirap’ menjadi kegilaan termasuklah di Jepun. Warnanya seperti pastel, neutral sesuai dengan trend semasa.

https://www.instagram.com/p/CsWd9TBsDie/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Bagi artis kuku selebriti, Stephanie Stone menggambarkan trend kuku Quiet Luxury ini sebagai satu sentuhan yang tenang dan minimalis. Tampak biasa tetapi ada usaha! Punya nilai estetik yang mahal. Warna-warna seperti merah jambu pucat, warna neutral, kilauan yang halus dan pilihan metalik tidak terlalu terserlah bakal buat anda tidak sabar untuk menukar kuku baharu anda.

https://www.instagram.com/p/CSFGFW-pstW/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Trend “Quiet Luxury” adalah mengenai minimalisme yang menggunakan produk kecantikan premium. Malah, pilihan warna yang lebih abadi.  Sebagai contoh, pilihan jenis produk dan tekstur yang direka itu bernilai lebih mahal berbanding harga kebiasaan tetapi riasan kukunya tahan lama mungkin sebulan.

https://www.instagram.com/reel/CrgaCqJPMyT/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Artikel berkaitan 5 Gaya Tatarias Kuku Menarik Untuk Digayakan di Pagi Raya!