Trend ‘Strawberry Makeup’ Hailey Bieber Cetus Fenomena Di TikTok
Kebelakangan ini trend solekan strawberi atau strawberry makeup yang dimasyhurkan Hailey Bieber hangat diperkatakan di media sosial.
Di TikTok, ia berjaya meraih 16 juta tontonan dalam hanya beberapa minggu. Trend ‘strawberry makeup’ mendapat inspirasi daripada buah musim panas yang digemari, memberi penekanan pada produk berperisa dan berharuman strawberi serta palet rona merah dan merah jambu.
Matlamatnya adalah untuk menampilkan wajah mekar kemerah-merahan dan bercahaya dengan sedikit jagat, untuk kelihatan seperti strawberi. Rahsia untuk mencapai solekan ini terletak pada penggunaan pemerah pipi yang minimum namun berkualiti tinggi.
Untuk memastikan matanya kelihatan galak, dia mengoles bronzer pada kelopak sebelum menambah solekan mata kucing dan maskara. Sedikit jagat palsu ditambah pada batang hidung dan pipinya untuk efek strawberi.
Langkah terakhir adalah untuk menghasilkan bibir mungil seksi. Hailey Bieber menggaris bibirnya dengan pensel rona coklat. Tanpa menggunakan gincu, dia mencalit pemerah pipi krim merah jambu pada bibir sebelum mengoles Rhode Strawberry Glaze Peptide Lip Treat baharu yang bakal dilancar tidak lama lagi. Anda boleh menggantikannya dengan pengilat atau salap bibir rona merah jambu.
Foto: Instagram
Bagaimana Untuk Mencuba Trend ‘Strawberry Makeup’?
Teknik ini amat mudah ditiru terutama dengan tutorial yang dikongsi Hailey Bieber di TikTok. Rahsia solekan sempurna adalah penampilan kulit yang sihat, dan pengasas Rhode itu sentiasa menyediakan wajahnya sebelum mengoles sebarang produk. Duo penjagaan kulitnya terdiri daripada Glazing Milk dan Peptide Glazing Fluid, kedua-duanya daripada Rhode. Beralih kepada solekan, dia menyikat keningnya dan menyapu bronzer dari tulang pipi ke pelipis. Seterusnya, dia mengoles sedikit penyamar di bawah mata serta sudut hidung dan bibir untuk menghasilkan asas solekan ringan dan tampak semula jadi. Tiba masa untuk menggunakan produk terpenting dalam mencipta ‘strawberry makeup’: Pemerah pipi krim merah jambu. Hailey Bieber melapiskan dua rona sepanjang tulang pipi dan sedikit di batang hidung untuk efek bagaikan dipanah selaran mentari.
Foto: ELLE
Foto: Instagram Artikel berkaitan: Trend Kuku Musim Panas “Blueberry Milk Nails”@haileybieber Everday Strawberry Makeup 🍓💋
♬ Echos in My Mind (Lofi) – Muspace Lofi
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
