fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Amanda Seyfried dan Thomas Sadoski Akirnya Bergelar Suami Isteri
Label Jonathan Saunders Tamat Operasi
Senarai Pemenang GLAM – FEB 2017
She’s Back! Gemma Ward Kembali Ke Pentas Peragaan
Tom Ford Bersuara Tentang Melania Trump

Ariana ‘7 Rings’ Grande vs. Anugerah Grammy

Peminat Ariana Grande dikejutkan minggu ini oleh pihak Anugerah Grammy apabila mereka mengumumkan bahawa penyanyi popular tersebut tidak akan hadir dan telah menarik diri daripada membuat persembahan Ahad ini di STAPLES Center, Los Angeles. Namun lain pula kisahnya apabila Grande sendiri tampil bersuara.

 

Sumber sebelum ini menyatakan Grande merasa "terhina" dengan tindakan penerbit Grammys yang enggan membenarkan penyanyi tersebut memilih lagu-lagu yang dia ingin persembahkan. Grande memilih untuk menyanyikan lagu terbarunya "7 Rings," di mana penerbit bersetuju dengan cadangannya dengan syarat ia harus dipersembahkan melalui medley dan mereka akan menentukan lagu-lagunya yang lain. Grande walau bagaimanapun enggan menurut syarat-syarat tersebut lantas berita tersebar dia tidak akah menghadiri majlis anugerah hujung minggu ini.

 

Gambar Chris Pizzello/Invision/AP/REX/Shutterstock

Ken Ehrlich, penerbit Grammys, menyatakan pihak mereka telah cuba untuk berhubung dengan Grande membincangkan hal ini namun Grande "merasakan tempoh yang diberikan adalah terlalu singkat untuk dia membuat persembahan." Namun kenyataan ini dibidas oleh Grande sejurus selepas berita ini tersebar.

 

Membawa hal ini ke Twitter dengan, “I’ve kept my mouth shut but now you’re lying about me,” mula Grande dalam Tweet tersebut.

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse


2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse