Gara-gara Sabotaj, Amber Heard Disaman $10 juta!

Amber Heard is in hot water. Again!

 

 

Desas-desus dikhabarkan bahawa Amber Heard telah disaman oleh Nicola Six, sebuah syarikat yang menerbit filem London Fields lakonan pelakon jelita itu. Saman sebanyak $10 juta itu difailkan di sistem mahkamah Los Angeles County.

 

Mereka mendakwa Amber dan Matthew Cullen, pengarah filem tersebut enggan menggunakan skrip yang telah disetujui di samping gagal menghadiri Festival Filem Toronto 2015, yakni salah satu langkah promosi mereka.

 

Filem bedasarkan novel nukilan Martin Amis berjudul sama menceritakan tentang seorang psikik yang mengetahu akan pembunuhannya dan perlu mencari jalan untuk mengubah nasibnya sebelum tertlalu lewat. Rupawan itu memegang watak utama.

 

Nicola Six mendakwa bahawa Amber dan Matthew berganding bahu melakukan konspirasi bagi mengelakkan filem tersebut dibuat. Saman itu juga merujuk kepada rumah tangga Amber bersama Johnny Depp, yang telah menjadi buah mulut ramai semenjak pergolakkan mereka diketengahkan, sebagai salah satu faktor kegagalan filem itu.

 

Syarikat terbit itu juga mendakwa bahawa Amber enggan melakonkan adegan provokatif serta berkata bahawa beberapa adegan penting filem tersebut terpaksa dikeluarkan dan/atau diubah kerana tingkah laku mengarut Amber.

 

Amber telah menerima $7 juta hasil penyelesaian penceraian dari Johnny pada bulan Ogos. Beliau kemudian mendermakan kesemuanya kepada ACLU dan Hospital Kanak-kanak Los Angeles.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

 

POST A COMMENT