Kate Middleton Ulangi Sejarah

One tiara closer to being the people’s princess.

 

gtty1

Sumber: Getty Images

 

Kate Middleton jarang dilihat bersama tiara, ini merupakan hanya kali kelima beliau memakai barangan kemas mahkota Britain. Pertama kalinya semasa majlis perkahwinan beliau bersama Putera William pada tahun 2011.

 

Tiara ini kepunyaan Ratu Elizabeth II dan telah diberi kepada Puteri Diana pada tahun 1981. Tidak mengejutkanlah bahawa tiara menawan ini merupakan tiara kegemaran Puteri Diana!

 

Kate menggayakan mahkota bertatahkan berlian tersebut bersama gaun merah saga Jenny Packham yang direka khas buatnya ke sebuah majlis penyambutan diplomatik; Kate pernah memakai busana yang sama ke bankuet negara pertamanya pada tahun lepas.

 

rex-features

Sumber: Rex Features

 

Ratu Elizabeth tidak kurang bergaya classy bersama dress Angela Kelly dan tiara berlian dan nilam; Duchess of Cornwall pula mengenakan gaun Bruce Oldfield beserta tiara dari jenama mewah Boucheron.

 

Para kaum Adam diraja Britain, Putera Phillip, Putera Charles dan Putera William tidak kurang kelihatan segak bergaya bersama persalinan rasmi mereka.

 

gtty

Sumber: Getty Images

 

Acara gemerlap ini dilangsungkan untuk meraikan diplomat-diplomat setiap tahun dan ia merupakan majlis utama diplomatik buat golongan sosialit dan elit kota London. Ia menggambarkan kepentingan Ratu Elizabeth II kepada hubungan diplomatik antara negara.

 

Lebih 1,500 diplomat dari 130 negara diundang buat resepsi tahunan terbesar di Buckingham Palace, termasuklah ahli kerajaan Britain, mantan-mantan Perdana Menteri di samping tokoh-tokoh masyarakat lain.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

 

POST A COMMENT